13 October 2017

Bisik Pada Langit- filem mesti tonton

Bisik Pada Langit.



Sebuah filem yang menjadi trending selepas ditayangkan baru baru ni. Mulanya, aku tak plan nak tengok, tapi disebabkan hari hari terbaca komen-komen di IG ummi nazeera yang puji filem ni best, aku jadi terpengaruh nak tengok. Dan selepas menonton filem ni, aku rasa memang berbaloi, dan faham mengapa filem ni jadi popular.

Sentuhan Kabir Bhatia sebagai pengarah. Need to say more? Kabir Bhatia yang buat cerita Nur Kasih dulu tu. Memang dijamin berbaloi lah untuk tengok di panggung wayang. Lawa sangat sinematografi dia. *two thumbs up*

Lagi satu, pelakon-pelakon dia. Semua hebat. Lakonan sangat berkesan daripada Jalil Hamid (Rosli), Beto Kusyairy sebagai Zaidi dan Ummi Nazeera (Hajar). Naim Daniel sebagai Adik bongsu pun best. Jalil Hamid layak untuk menang pelakon lelaki terbaik. Serius sangat layak! Sangat bersahaja. Dialog yang ringkas tapi berkesan dan menyentuh hati. Ada dua tiga scenes yang bila lepas je Jalil Hamid bagi dialog dia... mata aku bergenang dah ngan air mata. Serius tak tipu.

"Kedukaan hati mak dan ayah bila kehilangan anaknya tak sama dengan kerisauan hati bila anak-anak kehilangan orang tuanya."

Give me tissue please.... šŸ˜­

Jalan cerita, plot filem ni simple je sebenarnya. Macam heavy drama di slot cerekarama tv3 tu je. Tapi yang bagi extra point untuk filem ni adalah lakonan pelakon, skrip, dan hasil kerja pengarah dia. Semua cukup rencah untuk melengkapkan filem ni dengan sempurna.

Cuma ada part2 yang buat aku terpikir, kalau terjadi in reality, macam mana nak buat bagi ayah Hajar ni pergi ke Australia tengok Hajar. Like seriously? Mana penaja Hajar ni? Mesti dia dapat biasiswa pergi belajar kt sana kan? JPA or MARA mesti boleh bantu. Minta bantuan Kementerian Pendidikan or wakil rakyat tempat dia. Takde la nampak rumit sangat. Sebab yang diorang duk rungsingkan pasal wang modal nak ke sana. Rasanya boleh pinjam. Orang yang tau cakap English...alah...wakil kedutaan boleh tolong. Tak de hal. Sebab rasanya pernah terjadi kes-kes macam ni sebelum ni. Ramai pihak yang bagi bantuan untuk ringankan beban keluarga mangsa. Zaman sekarang zaman viral. Bagi viral kt facebook, ramai rakyat Malaysia yang sudi tolong. It happened before.

Buat anak-anak hargailah pengorbanan ibu bapa. We are growing older, but remember they are growing older too. Appreciate them more when they are still around you.
Buat ibu bapa, berilah perhatian yang sama rata pada anak-anak. Dont make them feel less appreciated.

Serius. Tak puas tengok. Rasa nak tengok lagi.

No comments: