18 August 2016

Suicide Squad

Off day yang lepas aku sempat pergi tengok filem suicide squad. Tak plan pun, sbb ramai member yang kata tak best sangat. Tapi waktu aku pergi hari tu, filem ni je yang ada time tu. so pilihla suicide squad. 

                      

Aku tak tau sangat cerita2 from DC. So aku tak tau filem ni pasal apa sebenarnya.

Bila dah tengok baru tau.. suicide squad ni ala2 team avengers la. Tapi versi DC. Geng geng yang join suicide squad semuanya ada kelebihan/ kekuatan masing masing. Tapi diorang ni selalu buat jahat sebelum ni menggunakan kekuatan diorang tu.

Org government cuba kumpulkan diorang ni dan tubuhkan suicide squad untuk bantu jaga keamanan konon la... haha.
Bagi aku filem ni macam tak teratur jalan ceritanya. Divergence. Ada sampai satu peringkat, aku konfius, diorang berlawan dgn siapa sebenarnya. Macam ramai sangat musuh. Lagi satu, gelap. Tak boleh ke diorang berlawan waktu siang? Hehe...

Apa yg best pasal suicide squad?

Aku dapat botol air satu. Haha.. melayang 25 ringgit sebab nak botol air comel ni.

No comments: