09 June 2014

Cara Cadbury memujuk...



Ternampak iklan ini dalam surat khabar semenjak beberapa hari lepkm makas.



Aktif Cadbuin hary letak iklan dia sekarang nak meyakinkan pengguna balik. Kepada yang masih ragu-ragu, ini pesanan daripada Y.A.B Tun Dr. Mahathir Muhammad.



Waktu mula-mula kes Cadbury ini kecoh, aku tergamam sekejap. Yelah... Cadbury kot! Coklat paling glamour. Satu Malaysia makan. Tapi pada masa yang sama, aku macam tak delah terburu-buru nak salahkan Cadbury sebab ''tipu pengguna'' atau pihak Kementerian Kesihatan yang lambat beritahu kepada orang awam. Kita beri peluang kepada JAKIM untuk mengesahkan kembali hasil ujikaji DNA berkenaan dan kita pun dah sedia maklum keputusannya bagaimana.

Tapi, ada satu hal yang aku perlukan penjelasan daripada Kementerian Kesihatan. Jika sampel yg pihak KKM ambil itu tercemar, from where? Di mana punca datangnya DNA tersebut? 

Anyway... kebetulan juga, yang aku dah lama tak beli coklat Cadbury. Sejak gigi aku sakit dulu. LOL. Jadi aku dah kurangkan makan coklat especially Cadbury. Coklat spesis lain memang aku tak makan sebab tak sedap. 

Kepada yang masih was was tu.... eloklah tak yah makan dah. Tak elok makan manis2. Kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman. ^__^

3 comments:

Rina Zaidi said...

Makan coklat sebakul..hihihi :)

ecah khalili said...

walaupon da diisytiharkan halal,tetap rasa was2 nak makan..hehe

Nurul Farhana said...

even cadbury dah pujuk dalam suratkhabar, tapi dah rasa was-was nak makan.