2.5% Rakyat Malaysia Jadi Penderma Darah Tetap
Berita Harian semalam melaporkan hanya 2.5 peratus rakyat Malaysia yang menjadi penderma darah tetap berbanding 5 peratus penderma darah tetap di kebanyakan negara lain. Kenyataan tersebut dibuat oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kalau nak ikutkan 2.5% memang sedikit. Jadi eloklah kiranya diperbanyakkan lagi kempen derma darah. Program sebegini memang wajar diadakan selalu untuk menggalakkan lebih ramai rakyat menderma darah. Kalau nak tunggu kita sukarela pergi ke hospital nak derma darah memang tak ramai rasanya yang rajin buat macam tu.
Dulu aku pernah juga terlibat dalam program kempen derma darah semasa di kolej. Seronok tau sama sama anjur program macam ni dengan kerjasama antara kolej dan hospital. Ada yang dibuat di kolej kediaman, ada juga di fakulti, dan ada juga di pusat membeli belah. Pagi-pagi lagi dah kena sedia tempat untuk pihak hospital dan segala alatan mereka dipasang. Bila tengok ramai yang datang untuk menderma rasa gembira sangat. Lebih lebih lagi kalau jumlah penderma dan bilangan liter darah yang dapat dikumpul melebihi sasaran penganjur.
Tapi agak terkilan, cubaan aku untuk menderma darah selalu gagal. Bukan tak nak tau, setiap kali ada program kempen derma darah memang aku selalu pergi check darah dengan niat nak menderma. Tapi bila sampai stage yang ke-2 terus kena reject. Pegawai hospital tu tak bagi. Alasannya selalu sama- tahap hemoglobin rendah. Eeee geramnya. Sedih tau. Jeles tengok kawan2 dapat menderma. Nak join diorang jugak. I want to be part of that 2.5%. Jadi, nak tak nak.. aku kena banyakkan pengambilan makanan yang boleh meningkatkan tahap hemoglobin. Kena banyakkan makan makanan yang mengandungi zat besi, vitamin c, vitamin b.
Jom kita amalkan pemakanan yang sihat dan menderma darah untuk kebaikan bersama.
Comments