Panda Nak Datang Ke Malaysia!

Tahukah anda dua ekor panda gergasi akan datang ke Malaysia tak lama lagi?

Nama dua ekor panda tersebut adalah Fu Wa (panda jantan) dan Feng Yi (panda betina). Pasangan Giant Panda ini dibawa dari Chengdu, China dan dijangka tiba di Malaysia pada hari Rabu, 21 Mei 2014. Pasangan Giant Panda ini akan ditempatkan di Zoo Negara bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ke-40 Hubungan Diplomatik Malaysia-China. 

Jadi sesiapa yang ingin menyaksikan sendiri Fu Wa dan Feng Yi sila ke Zoo Negara cepat-cepat ye. Waktu cuti sekolah nanti sila pergi ke Zoo Negara beramai-ramai. Boleh tengok sendiri kecomelan panda-panda ini dan juga Rumah Panda yang baru dibina di Zoo Negara istimewa untuk Fu Wa dan Feng Yi. 

Fu Wa & Feng Yi



Sedikit info mengenai Fu Wa & Feng Yi
cr: The Star



Rumah Panda, Zoo Negara


Comments

Popular posts from this blog

Drama Luth Mahfuz

Filem Trauma

My DIY: Ddakji