22 February 2013

KFC

Semalam pergi ke AEON. *baca: Jusco*

Beli makanan, beli broadband.
Dah nak balik, singgah KFC
Dah berbulan2 tak makan, tetiba rasa nak makan
Masuk KFC, tengok ada menu baru tak.

Sekali ada...
Ni haa..

Tengok harga, hmmm..murah. RM11.80
Tengah tunggu turn
Duk pikir, 
Nak beli ke tak nak, nak beli ke tak nak


Last last
Bila dah sampai turn.
"Makan, bungkus?"
"Err..bungkus"
"Nak makan ape?"

"ermmmmmmmmmm.....
"Cheesy Wedges 1"
"itu je"

Hahaha
Last2 aku beli yg ni je.
*gambar ehsan KFC


Tak leh la....
Still terbayang lagi dalam kepala, gambar ayam KFC yg aku tengok dulu.
Kalau cerita kt sini, nanti terus semua cancel makan ayam KFC.



Drama Realiti

Masuk tahun baru ni macam2 plak drama realiti yang berlaku dalam dunia artiz Malaysia.
Sebelum ni kecoh cerita Ombak Rindu (kisah Shila, Sharnaaz, ND Lala). Shila pun dah jadi macam Taylor Swift dah. Putus cinta dapat ilham lagu baru. Tapi, lagu baru dia tu not bad gak. Full of emotion orang kata. maklumlah. Luahan hati sendiri.

Sekarang ni ada drama terbaru. Konflik dia lagi kompleks dari kisah cinta terhalang Shila ni.

Kisah Fizz Fairuz bertunang-putus tunang-disihir?
Kisah ni kalau follow one by one statement mula dari Fizz, lelaki yg dikatakan suami x-tunang Fizz, x-tunang Fizz memang pening. Sebab bercanggah. Yg ni kata A, yg ni kata J, yg satu lagi kata P. Nampak tak permainan dia....kontra yg amat.

Sape2 pengarah kt Malaysia ni boleh la pikir skrip siap2, leh buat telenovela cerita diorang ni.





Dah lama tak layan cerita Akasia.


20 February 2013

Lampu Isyarat ajaib

cr:kosmo


Konfius kan? mana satu yang betul. 
Lampu isyarat ini ada di China. Atau lebih tepat di Taman Tema Yangrenjie, Chongging. 
Tapi jangan risau, fungsinya sebagai hiasan sahaja. Orang buat derkk je tengok lampu ni. 

Kalau kt Malaysia, mau tak jam tengah jalan ada lampu cam ni. 

15 February 2013

#RussianMeteor

I never expected to watch this in real life. Have you watch it?
A meteorite shower has crash landed across Russia's Ural region, injuring over 250 people and damaging buildings in six cities. Residents in Chelyabinsk reported shaking ground, windows shattering and car alarms going off as the rocks fell to Earth.



you can see the meteor just suddenly appear on the sky. wow. it's like i'm watching the sci-fi film!. But it's real. it's happening.

But my question is, why no one see this coming? like they predict about the asteroid 2012 DA14 that will pass by Earth tonight, but they can't see this one?




Allah Maha Besar, Maha Mengetahui segala yang di langit dan di bumi. 

07 February 2013

Utautai No Ballad (Singer's Ballad)- D-Lite (Daesung)


short version.
will be released on 27 February 2013.

11 January 2013

AJL 27 - Teman Pengganti

ok, i know it's few days late. but whatever la kan. 
i just want to post my favourite performance of that night. 

Teman Pengganti- Black & RJ 
original singer (Black & Malique)

seriously, penyampaian emosi, lirik, melodi yang cukup berkesan daripada overall team Black & RJ. me from just casual listener je before this, dah jadi terminat habis dah dengan lagu ni. before this I always know that Malique's songs are great. I really like his songs especially his lyrics. I think all can accept that they won the Best Performance Award. But sad that they didn't get the top 3 because I think they deserve one spot there. Ok, maybe they got top 4. heh, nak jugak kan. 

Malam tadi, duk menjalar kt youtube, lepas satu, satu layan lagu Malique. Esok dah plan nak pergi cari album dia. Worth la untuk I beli album dia ni. Harap-harapnya adalah kt kedai speedy. kalau tak, tak tau nak cari kt mana. Bukannya rajin sangat nak pergi jauh2 just to buy CD kan. Biasalah... 


Ok, komen sikit pasal AJL 27 keseluruhannya. 
Tak banyak komplen sebab semua yang menang I boleh terima. Takde kot kes macam previous years, yang I angkat2 kening, kerut2 muka bila diorang announce the winner. Ok lah, Yuna menang, memang one of my predictions pun. Oklah, Hafiz menang vokal, walaupun kalau boleh I nak Black yang menang, tapi x pelah, Hafiz pun best juga vokal dia malam tu. Persembahan lain, tak de yang memorable pun, tapi takde jugak yang terlebih gimik sampai buat I menyampah, sederhana je semuanya. baguslah tu. Kadang-kadang persembahan yang sederhana tu lah lagi buat penonton hargai sebab boleh dengar lagu dengan aman damai. 
Cumanya, persembahan interlude tu, asyik2 lagu rock kapak, asyik2 lagu2 tu juga yang diorang perform. AIM pun lagu tu, Anugerah Bintang Popular pun lagu tu, AJL pun nak juga jemput diorang nyanyi lagu tu. Lagu ape? Ala..lagu2 orang duk buat karaoke tu. Dah bosan kot. Nampak sangat I suka tengok anugerah2 camni kan. Habis tu, dah tayang kt TV tengok je lah kan. heh. 

Tu je kot, esok I try update misi I mencari album Malique. jumpa ke tak. Dah panjang sangat dah entry. Biasanya pendek2 je I buat. Heh. bye bye. 

p/s: to Malique. whenever, wherever you are, harap semuanya baik baik je lah hendakNya. Semoga sentiasa sihat, bahagia bersama keluarga tersayang dan teruskan berkarya. ^__^


06 January 2013

IMPOSSIBLE

i've been listening to this song since my friend tweeted this video link.
my first time listening to this song tbh, i can tell that i love this song so much. the melody is so beautiful.





my wish is that for dae to sing this kind of song. can't wait to get his album.

01 January 2013

2013

1.1.2013

A new day has come
A new year has arrive
Hope success will follow soon
Happy New Year



Good Luck! 
^____^