Posts

Antara Dua

situasi: Anna ada dua orang kawan; ok mari kita namakan mereka sebagai Amina dan Sarah.  Anna, Amina dan Sarah berkawan sudah lama. Mereka selalu bersama tak kira masa dan ketika. Kira memang kamceng tiga orang la kan. Bila mereka bertiga, jarang timbul masalah, harmoni je sentiasa. Kemudian, entah kenapa, berlaku sedikit salah faham antara Sarah dan Amina. Sarah tuduh Amina macam ni. Amina tuduh Sarah macam tu. Misunderstanding and miscommunication antara Sarah dan Amina menyebabkan mereka berkecil hati antara satu sama lain. Persahabatan mereka mula renggang. Si Anna yang tidak terlibat dalam persilihan faham tersebut masih berkawan macam biasa dengan mereka. Anna seboleh-bolehnya mahu melihat dua orang kawannya kembali rapat macam dulu. Apa yang perlu Anna buat? [a] menjarakkan diri dengan kedua-dua kawannya.  [b] berpihak kepada sebelah pihak saja.  [c] tetap berkawan dengan kedua-duanya tetapi secara berasingan. [d] pilihan lain: kamu ada cadangan? bolehlah bagi ca

Entry Suka-suki

Image
senyum seindah suria yang membawa cahaya senyumlah dari hati dunia mu berseri senyum....membahagiakan dengan senyuman terjalinlah ikatan.. pernah dengar lagu di atas?  sekarang kita kasi tukar lirik...tapi melodi tetap sama (lagu refreshment waktu Minggu Haluan Siswa dulu) sengih seindah suria yang membawa cahaya sengihlah dari hati dunia mu berseri sengih....membahagiakan dengan sengihan terjalinlah ikatan...  mana lagi comel?.. senyum kambing atau senyum kucing?  pic taken from Mr. Google

Lone Ranger

You are a lone ranger Doing something by yourself Hey you..  Why you being like this Where is brother Where is sister You deny it But you need them Hey you  Lone ranger Open your window  See through the sky See their faces there Smiling at you Waving at you Please come forward Hey you Lone ranger Open your heart Receive some love Smile...cos someone loves you....

Kembali Pulang

"kekasih yang dulu hilang kini dia telah kembali pulang" Jangan confuse ek.. tu sebahagian lirik lagu je. Tak de kaitan ngan aku pun. Pernah dengar lagu Kembali Pulang? Kangen Band yang nyanyi. Group dari tanah seberang. Tetibe aku teringatkan lagu ini. Dah lama tak dengar. Kalau aku dengar je lagu ni mesti aku teringatkan kawan-kawan lama aku. Lagu ni kira dah jadi mcm lagu tema ktorang plak. Sebabnye hari-hari duk pasang. Aku yang daripada tak pernah dengar terpaksa dengar n lama-lama jadi terminat plak kt lagu ni. Rindu kt korang lah...  bila nak jumpa ni? Terjumpa video ni. versi chipmunk. Chipmunk ni selalu nyanyi lagu orang dengan versi suara dia yang halus tu.

Nuffnang dan Aku

Image
Aku mula pasang nuffnang di blog pada 5 Julai 2009. Tapi bukan di sini la. Di sinun (blog lama). Kiranya, tolak tambah darab bahagi dah lebih 1 tahun 4 bulan aku bersama dengan nuffnang. Sebelum ni status aku di nuffnang- glitterati. Tapi disebabkan dah lama aku privatekan blog sinun dan tak berupdate. Status aku dah bertukar jadi ordinary. Isk! Isk! Moral of the story- 1. Nak iklan masuk jangan private blog. yelahh... camne org nak tengok iklan tu kalau dah x leh bukak blog. 2. Rajinkan update blog. Inilah punca blog aku bersawang sebenarnya. Sejak aku masuk kampus balik, masa bersama dengan blog dah tak banyak. Sekejap2 je boleh masuk. 3. Rajinkan buat blogwalking. Barulah ada hubungan 2 hala. i baca blog u, u baca blog i ok! hehe... yang ni aku tak dapat nak buat sebelum ni. Pendek kata, aku bercuti terus dari dunia blogging sebelum ni. Sekarang ni baru hidup balik. Baru tersedar dari lena yang panjang...gituh! huhu.. Bulan 5 lepas, aku dapat cek pertama dari nuf