Antara Dua
situasi:
Anna ada dua orang kawan; ok mari kita namakan mereka sebagai Amina dan Sarah.
Anna, Amina dan Sarah berkawan sudah lama. Mereka selalu bersama tak kira masa dan ketika. Kira memang kamceng tiga orang la kan. Bila mereka bertiga, jarang timbul masalah, harmoni je sentiasa. Kemudian, entah kenapa, berlaku sedikit salah faham antara Sarah dan Amina. Sarah tuduh Amina macam ni. Amina tuduh Sarah macam tu. Misunderstanding and miscommunication antara Sarah dan Amina menyebabkan mereka berkecil hati antara satu sama lain. Persahabatan mereka mula renggang. Si Anna yang tidak terlibat dalam persilihan faham tersebut masih berkawan macam biasa dengan mereka. Anna seboleh-bolehnya mahu melihat dua orang kawannya kembali rapat macam dulu. Apa yang perlu Anna buat?
[a] menjarakkan diri dengan kedua-dua kawannya.
[b] berpihak kepada sebelah pihak saja.
[c] tetap berkawan dengan kedua-duanya tetapi secara berasingan.
[d] pilihan lain: kamu ada cadangan? bolehlah bagi cadangan di ruangan komen nanti.
Comments