08 January 2011

Anugerah Juara Lagu 2010: Ramalan dan harapan


Hari ni 8 Januari. Esok dah masuk 9 Jan. Esok ada apa? Ye.. ramai yang tau.. yg tak tau mai nak bagi tau... esok kt tv3 ada Anugerah Juara lagu 2010. Tiap-tiap tahun aku tengok AJL ni. Tak pernah miss. hehe...

Lagu-lagu yang bertanding:
**Selamat Malam, Hanyut, Sofia Jane, Tolong Ingatkan Aku, Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Ku Ada Kamu, Jahat, Cinta Sempurna, Drama King, Pelita, Berlari, Noktah Cinta, Extravaganza, Mencari Konklusi**

Tahun ni ada 4 lagu yang aku betul2 minat n suka dengar. Selamat Malam, Hanyut, KDP, Ku Ada Kamu. Hopefully lagu-lagu tu dapat top 3 nanti. Walaupun ramai yang ramalkan Drama King ada harapan nak menang tapi aku still harapkan salah satu lagu Faizal Tahir akan menang. Sian dia.. dah 4 tahun masuk bertanding. tak pernah dapat Juara Lagu. Antara Selamat Malam dan Hanyut, bagi aku dua-dua nya best. tapiiiiii... aku haraplah sangat, Faizal Tahir dapat perform dengan baik. takde nak sumbang mambang. sebab kadang2 FT ni suka menjerit bila nyanyi. Jarang dapat dengar dia nyanyi live better dari suara dia dalam CD. So FT.. good luck esok ye! 

Pengacara pulak still sama macam tahun lepas gak, Ally Iskandar, Faizal Ismail, and Cheryl Samad. Aku harap gak lawak2 diorang tak de nak ulang macam tahun lepas punya. Takde nak kutuk2 sorang pendek, sorang botak, sorang gelap. Bosan gak kalau asyik dok ulang yg sama je.

Ramalanku:
1. Selamat Malam
2. Ku Ada Kamu
3. Hanyut


p/s: nampak biased sangat ke sebab letak dua lagu FT. hehehe...  =P

credit pic to FB TV3Malaysia

No comments: