10 January 2011

Komen AJL 2010 & Faizal Tahir Hanyut... I'm speechless!!!

Salam semua..
Hmm.. semua dah tahukan pasal result AJL semalam. Terkejut ke tak terkejut dengan keputusan semalam??

Senarai Pemenang:

Juara Lagu: Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)
Tempat ke-2: Drama King (Black & MUH)
Tempat ke-3: Noktah Cinta (Hafiz)
Vokal Terbaik: Hafiz
Persembahan Terbaik: Faizal Tahir (Hanyut)

Bagi aku yang juara tu memang aku tak sangka leh jadi juara. tak masuk dalam list aku pun. ... sebabnya persembahan dia sangat konfius. Mesej tak sampai. Tapi kredit gak la dekat lagu ini sebab lirik dia puitis.  Bila aku baca lirik Tolong Ingatkan Aku baru aku paham apa yang dia nyanyi. Kalau baca sajak pun best jugak lirik tu. Tapi memang aku tak suka konsep persembahan dia. Agak over. Baju putih tu dah cantik dah.. dia pegi tukar baju merah plak. Macam tengok teater muzikal pun ada. Tapi nak buat macam mana. Dah rezeki dia menang tahun ini. 

Naib Juara aku tak nak komen banyaklah. Memang ramai yang dah agak lagu Drama King ni akan sangkut satu hadiah. 

Tempat ke-3 ni pun oklah.. gimik memang sangat menjadi ok! Pandai hafiz berlakon. Style tukar baju atas pentas macam mawi pernah buat dulu... Persembahan dia aku suka. Simple yet memorable. Lagu tu pun sedap jugak.

& Hafiz bagi aku memang layak untuk dapat vokal terbaik. Walaupun mula-mula aku agak Black pun macam ada harapan nak menang. Tapi kira puas hati la dia menang. Duit hadiah tu bolehlah jadi modal nak bayar baiki kereta dia yang accident hari tu.. hehe..

Persembahan Terbaik memang terbaik ahhh!!! Tapi tak surprise sangat sebab dah ada cakap2 before AJL yang dia nak menyelam dalam air. Tapi gimik yang menjadi and vokal dia masa intro lagu Hanyut sangat best. Part akustik yang paling aku suka dalam lagu ni. Mula-mula aku macam nak percaya dah yang kt bawah tu memang ada air. Tapi aku rasa mustahil TV3 akan benarkan. Very risky and dangerous. huhuu... lemas betul2 tak ke naya nanti. Tapi berbaloi la dia basah kuyup atas pentas tu. hahaha.. 

FT cover balik persembahan Selamat Malam sebelum tu yang bagi aku agak kureeenggg sket. Kan best kalau family dia yang sebenar ada atas pentas tu. At least tunjuk video anak-anak dia pun dah ok. Barula sweet sket. Sayang sangat. Lagu dah best dah... takpelah.. cuba lagi ye FT. Teringin nak tengok menang AJL. Tiap-tiap tahun masuk tapi tak pernah menang AJL. 

Overall bagi aku AJL 2010 biasa-biasa jer..  Persembahan artis sumer pakat nak buat gimik terlebih-lebih. Naik rimas aku tengok bila semua buat gimik. Tapi kan.. dalam banyak-banyak persembahan malam tadi, yang aku masih boleh ingat pagi ni, persembahan Faizal Tahir, Hafiz and Yuna. Jujurnya, AJL tahun lepas lagi best. Pengacara tahun ni macam ada yang tak kena la. Pelik. Padahal sama je macam tahun lepas. Asyik ulang skrip sama. Bosan wehh... So many awkward moments between them. Tahun depan korang cari idea lain la plak ekk.. tak pun tukar je pengacara lain.

Apa-apa pun.... Tahniah untuk semua pemenang....



Pemenang Persembahan Terbaik: Hanyut (FT)

No comments: