Ombak Rindu

1 Disember 2011.

Ada apa tarikh tu??? Jom ramai-ramai kita tengok cerita Ombak Rindu. yeay! yeay! filem ni dah nak keluar. *clap*clap*clap*




Pelakon: Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae (kelass kau.. semua A-list actors. semua dah pernah menang anugerah)

Aku rasa geng-geng kaki novel mesti dah hafal jalan cerita Ombak Rindu. Maklumlah, novel popular kot... sape kaki novel tapi tak pernah baca Ombak Rindu memang pelik.

Aku yang bukannya kaki novel pun dah pernah baca novel Ombak Rindu. tapi kannnn... aku ni dari semalam jenuh duk ingat balik, camne cerita novel ni tapi satu apa pun tak keluar. Adakah cerita ni hero dia handsome tak hengat kena kahwin paksa ngan heroin-baik, lawa,kena aniaya, mula mula tak suka, benci, menyampah, pastu lama-lama jatuh cinta kt isteri dia. (ohh... klise sungguh novel camni)

Tengok dalam trailer atas tu macam ye dahh..
Tak pe lah.. kita tunggu je nanti. aku ingat nak pegi tengok. Kalau aku pergi nanti aku buat review kt blog ni. ^_^


**selalu pulak aku tengok Aaron Aziz ni berlakon. dalam TV pun ada Aaron, dalam filem pun ada dia jugak. Ada can ke nak menang pelakon lelaki popular ABPBH nanti?

Comments

Popular posts from this blog

Drama Luth Mahfuz

Filem Trauma

My DIY: Ddakji