31 May 2014

Abang Long Fadil

Bukan nama abang long aku.


Tapi nama filem terbaru lakonan Zizan Razak arahan Syafiq Yusof.. Watak Abang Long Fadil ni sebenarnya ada dalam filem KL Gangster dulu. Kiranya watak ni dikembangkan dan dibuat filem fokus pada dia pula. Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Sofi Jikan antara yang turut berlakon dalam filem ni. Reunion KL Gangster la ni kiranya.



Lepas tengok official trailer filem Abang Long Fadil ni, aku terasa nak pergi tengok filem ni. Sebab ape? Sebab cerita ni mengingatkan aku pada filem Shaolin Soccer & Kungfu Hustle. Sape suke tengok filem Stephen Chow ni mesti boleh terima filem ni. Dengan teknik sepak terbang ala-ala Shaolin Soccer tu memang buat aku tertarik nak tengok. Pastu tetibe boleh pulak keluar Transformer.. LOL. Pandai Syafiq buat teknik CGI. Ingat senang ke nak buat? Susah ooo...

Cerita ni dah start tayang bermula 29 Mei 2014.

Mai tengok the making of 'Abang Long Fadil' dulu...



OST Abang Long Fadil - Cobaan




No comments: