So close yet so far... bye bye Thomas Cup.

We will try again in 2016.

Malaysia tewas akhirnya. Perlawanan akhir yang sangat sangat mendebarkan berlangsung selama lebih 5 jam, akhirnya berpihak pada pasukan Jepun. Penentuan juara ditentukan pada perlawanan terakhir di set yang terakhir antara perseorangan ketiga- Liew Daren vs Takuma Ueda.

Apa yang aku boleh katakan.. Daren dah buat yang terbaik. Remind you.... dia tak pernah menang dalam game peringkat kumpulan. Rasyid Sidek dah siap pesan awal2.. make sure kita menang 4 perlawanan pertama. Tapi fighting spirit yang ditunjukkan Daren waktu final tadi sangat membanggakan.
*clap clap clap clap clap*
Urghhhh... sket lagi nak menang. Silap bila kita terlepas peluang untuk menang perlawanan beregu pertama. Kalau menang yang tu, mungkin Piala Thomas boleh jadi milik kita. Tapi nak buat macam mana. Yang kalah tetap kalah, yang menang tetap menang. They have tried their very best. All Out! Syabas!

Result:
[1] Lee Chong Wei vs Kenichi Tago : 21-12, 21-16
[2] Tan Boon Heong/Hoon Thien How vs Kenichi Hayakawa/Hiroyoki Endo: 21-12, 17-21, 19-21
[3] Chong Wei Feng vs Kento Momota: 15-21, 17-21
[4] Goh Shem/ Tan Wee Kiong vs Keigo Sonoda/Takeshi Kamura: 19-21, 21-17, 21-12
[5] Liew Daren vs Takuma Ueda: 12-21, 21-18, 17-21




-Team Malaysia-

Nampak tak Menteri Belia dan Sukan dalam gambar tu? Semangat betul dia terbang ke India semata-mata nak tengok final depan mata. Kempunan dia nak pegang Piala Thomas. Tapi yang paling aku kesian, Dato' Lee Chong Wei. This might be his last chance to join Thomas Cup. Dia tak pernah menang Piala Thomas, tak pernah menang pingat emas Sukan Olimpik. Kempunan giler... selalu menang Kejohanan Super Series dan jadi World No. 1 player. Tapi dua acara tu dia tak pernah menang. Bertabahlah Chong Wei. Nanti bila dah bersara, jadi jurulatih pulak. Who knows... rezeki anda untuk dapat Piala Thomas semasa menjadi jurulatih....one day. ^__^



Comments

Popular posts from this blog

Drama Luth Mahfuz

Filem Trauma

My DIY: Ddakji