Tiga Sekawan: Hishammuddin, Ahmad Jauhari, Azharuddin



Dah lebih dua bulan misteri kehilangan MH370. Suatu misteri yang masih lagi misteri. Sepanjang tempoh ni, ada tiga figura yang aku rasa antara yang paling tabah menghadapi misteri ini. Tiga individu itu tak lain tak bukan mereka yang selalu berada di sidang media MH370: Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan), Dato' Azharuddin (Ketua Pengarah DCA), dan Ahmad Jauhari Yahya (CEO MAS). 

Trio PC "Tiga Sekawan" cr: astro awani

Aku tak nak komen mengenai kerja-kerja mereka di belakang tabir. Aku nak  komen mengenai cara mereka mengendalikan sidang media, komunikasi mereka di hadapan khalayak wartawan pelbagai agensi media tempatan dan asing. Apa yang baik dan apa yang kurang. Sesuatu yang boleh dijadikan iktibar untuk aku. (in terms of communication/public speaking okay, not in terms of searching an aircraft) Pasal nak cari kapal terbang aku serah pada yang pakar. Komen lebih lebih aku yang pening. 


Empat hari pertama- kalut sesangat. Semua pihak berwajib nak dipanggil ke depan bagi penerangan. Nampak ramai yang gugup, gagap, gementar semua ada. Penerangan dalam Bahasa Melayu pun gementar, dalam Bahasa Inggeris lagi lah... #tepukdahiberjemaah. Yang okey bagi penerangan hanyalah dua orang- Ahmad Jauhari (AJ) dan Datuk Seri Hishammuddin (Hishammuddin). Hishammuddin bagi penerangan sangat berfakta dan berkeyakinan. Terkagum aku tengok dia. Selama ni aku rasa menyampah setiap kali dia buat statement tapi untuk kes MH370 aku respect. Sepatutnya pihak tentera, pihak imigresen, polis dan lain-lain yang berkaitan melantik seorang sahaja jurucakap, dan jurucakap tu adalah Hishammuddin. Barulah tak bercanggah. Ini tak.. sorang cakap A, sorang lagi cakap B. Mereka seeloknya sebelum sidang media bincang dulu mengenai fakta2 yang berkaitan dan kemungkinan soalan2 yang bakal ditanya supaya jawapan mereka senada seia sekata. Bagi briefing kepada Hishammuddin awal-awal dan biarkan dia yang jelaskan pada media. Biar terkulat2 dia nak jelaskan nanti. Bab teknikal serah pada Dato' Azhar. Bab MAS pass kepada AJ dan yang lain2 bagi kepada Hishammuddin untuk jawab.

Pada hari kelima sidang media, memang nampak Hishammuddin berjaya mengawal keadaan. Walaupun berpeluh-peluh jugaklah tapi alhamdulillah penerangan dia jelas, tenang dan meyakinkan. Tak macam pakcik2 tentera tu, beremosi diorang nak terangkan pasal radar, sampai aku tak faham. LOL. Bila Hishammuddin sambung tolong explain, keadaan jadi tenang balik dan walaupun penerangan Hishammuddin lebih ringkas, tapi aku lagi faham yang dia explain. 

crowded giler...macam semut hurung gula

Masuk hari ke-6 dan seterusnya, AJ, Hishammuddin, dan Dato' Azhar yang ada di PC menjelaskan mengenai misi pencarian. Ketenangan Hishammuddin memang sangat dipuji. Macam macam soalan dia kena jawab. Ada yang tak berkaitan dengan misi pencarian, ada soalan yang berulang, soalan provokasi pun ada. Semuanya dijawab dengan baik, jelas, sabar, tenang, dan berdiplomasi oleh Hishammuddin. Kalau aku memang dah lama rasa nak baling pen dah. Kesabaran aku tak setinggi Hishammuddin. Tapi kadang-kadang dia bagi penjelasan yang lebih kurang je ayatnya setiap hari. Aku yang dengar pun bosan. Setiap kali dia repeat ayat dia...oh goshh not again..LOL. Wartawan patut tanya soalan yang lebih kreatif dan mencabar, baru best nak dengar penjelasan dia. Bukan senang nak tengok pak menteri kena "grilling" dengan media. Secara live pulak tu. (Jujurnya aku lega Hishammuddin yg jadi pemangku menteri pengangkutan. dibuatnya menteri pengangkutan dipangku oleh menteri yg cepat melenting, masakkkk) Tapi ada jawapan yang dia berikan sebenarnya tak menjawab soalan pun walaupun dia bagi penjelasan panjang lebar dan jawapan itu terselit sipi-sipi je.  Ini yang kalau di kuliah dulu, kami panggil "sesi menggoreng" waktu presentation. Apa yang penting kita kena tahu apa yang kita buat, penggunaan bahasa kena luas, lancar dan yakin. Keywords: TENANG, JELAS, SABAR, YAKIN. 

Begitu juga dengan AJ. Dua kali dia ditanya bila dia nak letak jawatan. Kesian tau. Tapi dia masih lagi tenang. Very calm. Tapi ada juga beberapa penerangan daripada AJ yang boleh diperbaiki. Contohnya penerangan mengenai senarai kargo. Bila wartawan tanya tentang senarai kargo, sepatutnya daripada awal lagi AJ boleh terangkan. Tak perlu tunggu desakan wartawan atau pihak keluarga. Sama juga mengenai jumlah minyak dan masa maksimum penerbangan. Ini semua fakta yang memang boleh diperoleh dengan jelas daripada MAS. Tapi AJ memberi jawapan yang samar samar, yang tak konkrit. Dato' Azhar pula makin lama makin tenang dalam setiap penjelasan yang dia berikan. Awal2 dulu nak aje aku suruh dia cakap BM sepenuhnya. Sebab dia nampak memang tahu secara teknikalnya tapi nak menjelaskan pada umum tu yang agak errr...he can do better. Dari segi energy level, memang nampak 4 minggu pertama, mereka sangat2 letih nak berdepan dengan wartawan. (Nak aje aku suruh batalkan PC untuk satu hari dan bagi press statement je atau buat PC selang beberapa hari bagi diorang ni rehat; bukannya ada perkembangan yg positif pun kann..)  Hishammuddin makin lama makin perlahan je cakapnya, AJ mukanya sangat kesian ok. Memang nampak terbeban tapi masih kuat berdiri di depan. Dato' Azhar pula minggu pertama memang nampak serabut, tapi lama2 dah okay. Apa apa pun, mereka bertiga dah menunjukkan tahap profesionalisme yang baik ketika berdepan dengan tekanan pihak media. Cuba bayangkan anda berada di tempat mereka...The pressure..><

from AJ, Hisham and Azhar's view...omg. look at the crowds. cr:vvip.my
Aku rasa lebih elok kiranya mereka sediakan juga penerangan bergambar semasa sidang media. Macam kita nak bagi presentation dalam kelas, mesti ada slide presentation kan? (Last minute buat slide guna power point..macam tak biasa...) Rasanya sepanjang 10 minggu ni, 2-3 kali je kot diorang tunjuk gambar2 berkaitan. Patutnya tunjukkanlah lokasi pencarian, pembahagian kawasan pencarian antara negara-negara yang terlibat, aset-aset yang digunakan. Dan yang paling penting jelaskan secara grafik bagaimana keputusan "flight ended in Southern Indian Ocean" boleh diperoleh. Buat satu sidang media khas, jemput segala pakar Inmarsat, pakar penyelidik Malaysia dan lain2 yang bijak pandai tu, jelaskan pasal Teori Kesan Doppler. Terus jadi kelas kuliah terbesar dalam sejarah sebab disiarkan secara langsung. Kelasss tak??? Baru betul.."unprecedented" Serius...(tak tau dah berapa ratus kali Hishammuddin sebut perkataan ni, rasa nak bagi penampar je orang kt sebelah aku setiap kali dengar perkataan tu. dah naik allergic dah. Stop Hisham! Stop!!! Guna perkataan lain please... You are overusing that word and it's annoying now! -_-)

Setiap kali ada PC, aku lebih tertarik melihat dari sudut bagaimana PC diadakan bukannya isi kandungan PC tersebut. Mereka yg selalu buat presentation, ambil pengajaran daripada PC MH370. Be prepared, calm, cool, clear, composed, confident. Kita faham apa yang kita buat, mudah untuk kita jelaskan kepada orang lain. 

Kalau nak cerita pasal misi pencarian...aku jadi serabut, pening memikirkan yang pesawat ni hilang tak muncul2. Walaupun hakikatnya aku masih ragu-ragu, mungkin juga mengharapkan keajaiban tapi aku harap sangat apa yang sedang dibuat sekarang ni adalah sesuatu yang betul. Sebab kalau itu tidak betul, aku rasa sampai kesudah kita takkan tahu kebenarannya melainkan ada yang membocorkan rahsia. Tun Dr. M pun dah bersuara.. "someone is hiding something..."  Betul atau tidak... Wallahu a'lam... 

Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui, Kepada Allah kami memohon petunjuk agar ditunjukkan jalan kebenaran...



Comments

Popular posts from this blog

Drama Luth Mahfuz

Filem Trauma

My DIY: Ddakji