Kerana Terpaksa Aku Relakan
Sepanjang drama Kerana Terpaksa Aku Relakan disiarkan di TV3, lagu OST cerita ni selalu diulang dalam setiap babak drama ni. Mula mula rasa annoying gila... ala ala cerita Ombak Rindu. Tapi sebab dah nama pun OST. lagu tu je lah yang dia duk siar. Sepanjang tu jugaklah aku duk terpikir pikir siapalah yang nyanyi lagu ni. Selalu terlepas nak tengok credit di akhir drama nama penyanyi lagu ni. Suara dia aku tak kenal. Aku ingatkan penyanyi baru. Nak kata sedap sangat tu tak lah...sebab tak brape suka sangat masa mula2 drama ni start. Tapi kalau 60 minit setiap 1 episod duk ulang ulang je..terlekat gak la dalam kepala. Akhirnya terpaksa terima jugaklah suara dia macam tu. Curious gak nak tahu sape penyanyi nya. Tadi masa tengok cerita ni, mak aku bagitau rupanya si Wati tu yang nyanyikan. Terkejut aku. Wati, karakter antagonis dalam drama ni. Kakak tirinya si Indah tu. Boleh nyanyi rupanya dia ni.
Back to this drama...mati mati ingatkan tadi is dia punya episod akhir. Rupanya tak! Hari Isnin depan last episod. This is one of drama yg aku tengok sebab dah ada kt depan tv tiap2 petang..so tengok je lah.. Jadi ada banyak la episod yang aku terlepas. Dalam drama ni aku puji Izreen yang jadi Indah. Seriously, hidup sangat karakter dia. Nak nak kalau dia nak nangis. Terketar ketar suara Indah tahan nangis. Rasanya sebab dia berlakon waktu dia sendiri ada masalah rumah tangga in real life. Bukan senang kot. Nak kawal emosi. Mana nak pikir hal real life problem, pastu nak kena jiwai watak lagi.
Si Razin pulak aku rasa macam nak bagi penampar je. Sengal. Sekejap nak dekat Indah, sekejap hilang. Pastu tetiba jadi hero ganti Fahin yg hilang terus dapat kahwin dengan Indah. Ehh.. kalau aku jadi Indah pun aku konfius. Second time jadi macam tu waktu hari perkahwinan. Sebelum ni, waktu dia nak kahwin dengan Saiful, Wati ganti dia jadi pengantin perempuan. Sekarang ni Razin pulak yang jadi pengganti bila Fahin takde. Tak ke kesian dekat Indah. Apa ingat Indah tak de perasaan ke? Ehhh... tetiba aku pulak yang emo bagi pihak Indah.
Anyway, tak sabar nak tengok episod akhir cerita ni. Cepat cepat la habis, nak tau macam mana ending dia.
Anyway, tak sabar nak tengok episod akhir cerita ni. Cepat cepat la habis, nak tau macam mana ending dia.
Comments