Filem Trauma

Semalam, tetiba rasa nak tengok filem Melayu lama. Cari dekat youtube jumpa la list filem2 Melayu lama. Terima kasih la dekat uploader tu. Rajin sungguh dia. Senang kerja aku. Nak tunggu tayang dekat tv, kadang2 je ada. Nak cari dvd,vcd... malas la. Cerita lama kan. Cerita baru pun aku malas nak beli. 

So, aku pilih cerita Trauma. Filem tahun 2004. After 10 years baru aku ada kesempatan nak tengok. Filem arahan Aziz M. Osman. One of my fav directors jugak ni. Sayang dia dah lama tak buat filem. Seorang lagi Afdlin Shauki. Banyak filem komedi dia yang aku suka tengok. Okay, back to filem Trauma. Antara pelakonnya Amy Mastura, Nasha Aziz, Azhar Sulaiman,  dan Sharifah Aleya.


Cerita ni cerita thriller. Nak kata seram sangat tu tak lah. Bukan cerita pasal hantu pun. Tapi psiko sket. LOL. Nama pun filem Trauma. So, pasal orang trauma la kan. Dalam filem ni -Nurul (Amy Mastura) mengalami trauma setelah terlibat dalam kemalangan kereta mengakibatkan kematian seorang lelaki. Berbulan2 dia trauma sampai dah fobia nak memandu. So, Huzir (Azhar Sulaiman) a.k.a teman lelaki si Nurul suggest kepada Nurul untuk mengambil pembantu peribadi. Time ni la Jeslina datang. Jeslina which is Nasha Aziz dalam cerita ni. Oh by the way.. lupa. Aleya berlakon jadi  Nadia, adik Nurul. Disini lah bermulanya thriller dalam cerita ni. Semua berpunca dari Jeslina. Slow slow dia main peranan kucar kacirkan kehidupan Nurul. Mula2 jadi PA, kemudian tinggal di rumah Nurul, renggangkan hubungan adik beradik antara Nurul n Nadia, goda si Huzir and lastly hantar Nurul ke rumah sakit jiwa. Danggg.. psiko weh. Aku yg tengok jadi seram. lol. Tip top sangat lakonan Nasha Aziz dalam filem ni. No wonder dapat menang pelakon terbaik.

Tak nak la cerita sinopsis sampai habis. Nanti hilang surprise. Tapi best la cerita ni. Lakonan semua pun okay especially Nasha Aziz. Aku terasa nak tengok pun sebab terbaca komen orang pasal filem ni baru2 ni. So, nak tengok sendiri tu yang cari dekat youtube ni.

Sempena merdeka ni, terasa nak tengok filem Tanda Putera. Agak-agak ada dekat youtube tak? TV1 tak nak siarkan ke filem ni waktu hari merdeka nanti? Cewahh.. semangat patriotik. haha.. 


Comments

ABM terus cari dalam Youtube :)
Unknown said…
Last2 pe JD....citer lah
Malim Kundang said…
Trauma diciplak dari filem The Hand That Rock The Cradle (1992) dan diubahsuai.

Popular posts from this blog

Drama Luth Mahfuz

My DIY: Ddakji