Ok. Baru selesai menonton drama Melayu di TV3; "Luth Mahfuz". What a sad drama!! I nangis OK! Dah lama tak tengok drama sebenarnya, dan bila duk tengok..macam ni... mengalir air mata la pulak..T__T Pelakon utama drama ini adalah Siti Saleha dan Fizz Fairuz. Siti Saleha as Eyma menjadi isteri kepada Haziq lakonan Fizz Fairuz dan mereka mempunyai anak kecil bernama Aqish. Eyma telah berhenti kerja kerana ingin menjaga Aqish yang sakit. Nak dijadikan cerita, Haziq dah tak sayangkan Eyma (punya la cantik dan baik si Eyma ni ada hati nak cari pompuan lain, memang sengal laki macam Haziq ni), dan Haziq pun dah ada perempuan lain, Bella (Raja Ilya). Mereka dah berpakat nak berkahwin. Haziq bercadang nak ceraikan Eyma. Tapi Eyma bagi beberapa syarat kepada Haziq sebelum bersetuju untuk diceraikan. Untuk tempoh 40 hari, Haziq kena layan dengan penuh romantik si Eyma ni. Macam waktu awal perkahwinan mereka dulu. Sewaktu tempoh 40 hari tu juga, Haziq disuruh untuk mengikut sun...
Semalam, tetiba rasa nak tengok filem Melayu lama. Cari dekat youtube jumpa la list filem2 Melayu lama. Terima kasih la dekat uploader tu. Rajin sungguh dia. Senang kerja aku. Nak tunggu tayang dekat tv, kadang2 je ada. Nak cari dvd,vcd... malas la. Cerita lama kan. Cerita baru pun aku malas nak beli. So, aku pilih cerita Trauma. Filem tahun 2004. After 10 years baru aku ada kesempatan nak tengok. Filem arahan Aziz M. Osman. One of my fav directors jugak ni. Sayang dia dah lama tak buat filem. Seorang lagi Afdlin Shauki. Banyak filem komedi dia yang aku suka tengok. Okay, back to filem Trauma. Antara pelakonnya Amy Mastura, Nasha Aziz, Azhar Sulaiman, dan Sharifah Aleya. Cerita ni cerita thriller. Nak kata seram sangat tu tak lah. Bukan cerita pasal hantu pun. Tapi psiko sket. LOL. Nama pun filem Trauma. So, pasal orang trauma la kan. Dalam filem ni -Nurul (Amy Mastura) mengalami trauma setelah terlibat dalam kemalangan kereta mengakibatkan kematian seorang lel...
Drama terbaru slot Samarinda di TV3 bertajuk Camelia mengisahkan tentang Mariam dan Marina. Kisah dua beradik yang tak pernah aman. Mereka sering bergaduh akibat rasa iri hati Marina terhadap Mariam menyebabkan Mariam rasa tertekan. Tekanan yang melampau dialami Mariam menyebabkan Mariam mempunyai split personality ataupun nama lainnya Dissociative Identity Disorder. Mariam seorang yang lemah lembut manakala personality kedua bernama Camelia seorang yang lebih agresif dan berani melawan Marina. Drama Camelia mempunyai 15 episod dan masih bersiaran di TV3. Cerita ini mengingatkan aku dengan cerita Kill Me Heal Me lakonan Ji Sung yang mempunyai masalah sama. Kalau Mariam ada dua personality tetapi karakter Ji Sung ada 7 personality. Bezanya Mariam boleh nampak Camelia dalam cermin dan berkomunikasi dengan Camelia. Ibarat macam kita tengok dan bercakap dengan diri kita dalam cermin. Tapi orang dalam cermin tu boleh bercakap balik dengan kita. Kalau orang lain tengok macam kita berca...
Comments