Dilwale time!!

Kalau ada sesape yang nak pegi tengok cerita Hindustan terbaru Shahrukh Khan ni, aku cadangkan pergi booking dulu, ataupun datang awal kt cinema. Sebabnye ya ampunnn.. asyik sold out je!

Semalam aku ngan member konon2nye nak main redah je lah. Pergi kt Setia City Mall pagi, nak tengok tayangan yang pukul 11.15 pagi punya. Bila sampai sana tengok orang beratur punya la panjang. Ingatkan diorang ni pakat nak tengok Star Wars.. bila sampai turn kami nak beli tiket kaunter. Orang kaunter cakap semua tiket dah habis. Paling latest yg pukul 12 tengah malam punya. Giler?! Semua tayangan yang pagi, tgh hari, dan petang sold out! Penangan Dilwale.

Anyway..tak nak mengalah. google tayangan kt tempat lain. Last2 gamble pergi Klang parade. Nasib baik ada. Tu pun seat yg dekat ngan screen dah.

Sepanjang tengok movie ni asyik duk gelak je. Kelakar giler. Kalau aku boleh bagi review...
Cerita Dilwale ni tipikal Bollywood punya style. Ada aksi, komedi, nyanyi2 romantik, family... cukup rencah la. Jalan cerita yang macam tak logik sket. Bollywood la katakan. Dan aku rasa, kalau Shahrukh Khan dan Kajol tak berlakon dalam cerita ni, mesti aku tak ada keinginan nak tengok.

Aku awalnya bila tengok trailer rasa macam cerita ni tak best. Tapi disebabkan Shahrukh Khan + Kajol... aku tetap nak pegi tengok. Plus. Kajol lawa giler dalam cerita ni. Lawa sangat!

don't they look so good together? The chemistry between them is awesome!


 Lagi satu, aku nak tau jalan cerita ni macam mana. Sbb kat trailer tu ada aksi kereta, tembak menembak bagai... so aku tak expect cerita full 100% romantic. Lagu lagu pun biasa je. Ada satu yg best. Bukan lagu tapi video dia. Lawa sangat tempat2 yang dia pergi shooting untuk lagu tu. Sampai aku rasa macam betul ke diorng pergi shooting kt tempat tu. Rasa macam CGI je sumer. Tapi serious video dia lawa.




Tengok movie Dilwale ni tak yah nak pikir logik akal sangat. Plot cerita predictable tapi ada plot twist. Malas nak bagtau kt sini, nanti spoiler pulak. Sekadar untuk makan2 popcorn, gelak- gelak... boleh la. Movie Dilwale untuk hiburan semata mata. Pure entertainment.

Comments

Izzati Amira said…
heehhehe dua kali kita pergi tengok. sebelum & selepas final. hahahhaa

Popular posts from this blog

Drama Luth Mahfuz

Filem Trauma

My DIY: Ddakji