Ola Bola


Ola Bola.
Hari Khamis lepas aku sempat pergi menonton filem Ola Bola. Aku pakai tiket free yang Celcom bagi. Thanks Celcom. 

Sebelum ni ingatkan cerita Ola Bola ni memang berlatarkan masa zaman 80-an tu. Rupanya cerita ni jenis yang flashback. 

Wartawan Marianne buat cerita pasal team bola sepak Malaysia tahun 1980. Marianne pergi mencari Eric, salah seorang pemain bola sepak ketika itu untuk mengetahui kisah sebenar mereka. Eric pun berceritalah...dan cerita ni pun kembalilah ke era 80-an.

And yess.. cerita ni memang mengingatkan aku tentang filem Chak De India. Bezanya cuma jenis sukan. Ola Bola pasal bola sepak, Chak de India pasal hoki. Sepanjang tengok Ola Bola aku duk teringatkan scene2 yang ada dalam Chak de India. Bila part coach duk bagi semangat dalam bilik persalinan, aku teringat dekat scene Shahrukh Khan bagi ucapan berapi api dalam bilik persalinan dalam cerita Chak De India. Bukanla nak kata filem ni ada persamaan or copy paste cerita Chak De. Tapi sebab dua-dua filem pasal sukan kan... feel dia lebih kurang sama. 

Ada satu dialog dalam filem ni yang aku masih ingat..

"kita menang! yeahh..esok kita cuti!" 
hahaha.. tergelak aku bila boss dekat office tu cakap macam tu. Even sekarang pun kita masih amalkan budaya macam ni. Pantang menang acara sukan, mesti esoknya cuti. Menang sukan sea nak cuti, menang piala malaysia nak cuti, menang badminton nak cuti. Tak tahan tu... kalah pun masih nak minta cuti half day. lol. 
Oh Malaysiaku. Memang kaya dengan cuti. Orang lain yang main sukan, orang lain yang dapat cuti. 

Dengarnya filem ni dah capai 12 juta. Hebat! Astro Shaw memang padu. Three years in a row. The Journey, Polis Evo and now Ola Bola. 







Comments

Popular posts from this blog

Drama Luth Mahfuz

Filem Trauma

My DIY: Ddakji