17 August 2016

Cetaphil - the last one standing

mai aku kongsi satu cerita.

dulu, kulit muka aku termasuk dalam kategori normal, tak de masalah, tak de jerawat. 
pakailah barangan skincare jenama apa sekalipun, tak de kesan negatif langsung.
kesan positif pun tak de lah sangat. haha... pendek kata..senang lah nak jaga. cuma kena rajin cuci je. atleast yg three steps tu: cleanser, toner, moisturiser.  

sebelum ni aku pakai produk NanoWhite. bertahun jugak aku pakai. zaman belajar kt U dulu memang aku loyal dengan Nano je. Aku rasa okay je. Then, one day, aku pergi buat facial kt satu tempat ni. Staff kt situ suggest kat aku untuk tukar produk. Alasan yang dia bagi.

"Kulit muka kamu kering. Patut pakai yang boleh bagi lembapkan kulit. Kamu pakai Nano dah lama, tapi tak memberi kesan lembapan pada kulit pun. Jadi, kenapa masih guna yang sama. Cuba cari produk yang boleh bantu kurangkan masalah kering di kulit muka kamu ni." 

Sudahhhh.. memang la aku tau, kulit aku kering. Tapi tak terpikir la pulak pasal nak tukar produk lain. Tapi sedikit sebanyak, apa yang staff tu sebut terlekat dalam kepala aku. Memandangkan sebelum ni aku kalau pakai produk ape2 pun, tak de negative effect sangat. Jadi aku cuba try pakai produk baru kali ni. Without me realised that, it will change/ affect my skin forever. 

At first, ada kesan kulit menggelupas. Aku pergi klinik, doktor bagi aku krim sapu. During this time, aku try macam-macam produk/jenama. Mungkin silap aku, aku terlalu cepat untuk tukar produk. Rasa tak best aku tukar pakai yang lain. One day, kulit muka makin teruk. Sampai satu tahap, bengkak-bengkak kt pipi, kt dahi. Aku cuak jugak time tu. Dua klinik aku pergi. Dua-dua bagi ubat sapu je. What i need not only ubat from doctor, but i need to hear what they say, advise and recommendation from a doctor. Bila keadaan makn teruk, aku pergi kt klinik yang kawan aku cadangkan. And i'm glad i went there.

Doktor perempuan kt klinik tu sangat baik. Terkejut dia tengok muka aku teruk macam tu sekali. Dia hairan kenapa baru datang. Dia siap tolong google untuk aku, sakit kulit yang mungkin aku ada. Cuak aku dengar. Tiga kali aku pergi klinik ni sebab ada rawatan susulan, and dia nak tengok progress lepas aku makan ubat yang dia bagi. 1st pergi, dia bagi aku ubat makan. 2nd time pergi dia bagi aku ubat sapu. 3rd time pergi...since keadaan kulit macam tak berkurang. so dia suggest untuk pergi ke hospital jumpa pakar kulit terus. Ambik kauuu... siap kena jumpa pakar kulit. 

Next step aku. Hospital. Jumpa doktor pakar kulit. Doktor muda doktor yang aku jumpa kt hospital ni. Dia tengok jenis ubat yg doktor sebelum ni bagi untuk aku makan. Dia kata tak elok makan banyak2, nanti ada long term side effect. Ok. Aku memang dah stop makan pun. Kt hospital ni dia bagi aku ubat sapu. And macam biasa, after few weeks, ada rawatan susulan. Rasanya dua kali kot aku pergi. Luckily, ubat sapu yang hospital bagi berkesan untuk aku. Kulit muka aku dah kembali normal. Doktor pakar tu cakap, mungkin sebab produk muka yang aku pakai menyebabkan kulit muka aku jadi sensitif.

The thrill part of my story come when i try to use product on my face. Every time i try to use new product, either cleanser, toner, masker or even makeup, there will be side effect on my skin. Bengkak-bengkak, rasa panas, merah-merah, gatal-gatal dan kulit menggelupas. *sigh* sedih tau. Kadang aku kena makan ubat surut bengkak, or ubat tahan gatal from klinik untuk kulit aku jadi elok balik. Keadaan ni berulang setiap kali aku pakai any new product. Niat aku pakai sebab nak cari produk yang betul-betul sesuai dengan aku. Banyak jenama aku try. Mostly yang natural. Tapi banyak yang tak sesuai dengan aku. 

So, sekarang ni hanya jenama ni yang aku pakai untuk cleanser and moisturiser cream. 



Alhamdulillah, kulit muka aku tak beri masalah everytime aku pakai Cetaphil. So sekarang ni memang aku dah tak try jenama lain. 



No comments: