05 September 2016

My experience with LAZADA

Sejak aku kenal ngan cik La yg satu ni. Aku dah jadi tersuka online shopping. Nampak tak. Ter ok! Tak sengaja. Niat asal aku kenal cik La sebab nak beli something untuk mak aku.

Psstt.. cik La yang aku maksudkan. ni ha...


1st item yang aku beli @ Lazada 


Alat untuk check blood pressure. Saje nak belikan untuk mak aku. Pernah survey kat kedai farmasi, boleh tahan mahal. Bila survey kat Lazada, tengok harga tak sampai seratus. Apa lagi... terus beli.

Aku suka shopping dekat Lazada sebab:
  •  Senang nak bayar. Banyak pilihan. Aku pakai cimb clicks je. 
  • Senang nak pilih barang. Macam-macam ada. Pakaian, alat kosmetik, barang elektrik, gadgets.. banyak lah. 
  • Senang dapat. Haha... yg ni antara sebab aku suka dengan lazada. Kadang-kadang tak sampai 2 hari lepas aku order, barang dah sampai dah depan rumah. Ada yang tak sampai 24 jam pun. Orang dah datang hantar barang. Betul-betul depan rumah dia hantar. Senang sangat. 
  • Senang dapat diskaun. Banyak promosi, dan voucher lazada bagi. Harga dah murah boleh dapat lagi murah sebab guna voucher lazada. 
Item paling mahal dan paling cepat aku dapat daripada Lazada.

Hisense 32" LED TV. Harga RM500++. Aku order petang Selasa. Pagi Rabu esoknya dah sampai depan rumah. Excited sangat time tu. Tak sangka cepat gila dia hantar. 

Alhamdulillah, so far dah 14 items aku beli di Lazada. Semua item yang aku terima dalam keadaan elok. Antara tips yang aku guna bila nak beli secara online ni, aku akan baca review terlebih dahulu. Pengalaman orang lain yang pernah beli item yang aku nak beli tadi. Kalau ramai yang berpuas hati, aku jadi lebih yakin nak beli. Kalau ada komen tak puas hati, memang aku cancel lah. Jadi biasanya, sebelum aku tekan order, memang aku baca betul-betul segala descriptions, details, review yang ditulis. Tak nak la nanti rasa menyesal pulak kan.

Psst.. ada voucher lagi tu. Jom Lazada!

No comments: