Elliadore ~my new encounter
cerita awal tahun
aku mencari cari minyak wangi yang baru untuk dibeli. macam biasa, survey online jer, survey kat lazada, hampir hampir nak beli Lancome, tapi stop. tak jadi. Kemudian, aku pergi kat instagram pulak. Terjumpa satu mamat ni duk promote perfume dia. Brand perfume yang aku sebenarnya tak pernah dengar pun sebelum ni. Brand ELLIADORE. Tapi aku nampak packaging dia macam comel je macam cantik je. Aku pun keep on stalking #elliadore.
cr: @elliadore_gombak
Brand ni nak kata lama dah bertapak kt Malaysia tak de la lama sangat. Quite new jugak la. The most interesting part is the founder a muslim. a malaysian. and someone i'm quite familiar with. Student satu Universiti aku dulu. pergh... mamat genius ni dah buat perfume sendiri. Terus aku rasa nak try perfume ni.
cr: @elliadore_gombak
Whatsapp agen elliadore. Order 1 gift set + princess collection. Kebetulan tengah ada promosi.
cr: @elliadore_gombak
Few days after that, terus sampai kt ofis. Sukanya dapat perfume baru. Memang main redah + yakin je yang perfume ni memang wangi. Sebab aku tak pernah try lagi perfume ni. Tak pernah pegang pun botol dia camner. Nampak tak hardcore keyakinan aku terhadap brand elliadore ni. Tuan elliadore..please bagi customer ni special discount ok! Haha.
Aku pilih gift set Julia + Princess Collection. Mula-mula aku buka yang Princess Collection dulu, Sebab dalam kotak ada 3 jenis perfume yang berbeza. Julia-Vaila-Fiore.
Alhamdulillah.... semua wangi. Haha...lega. Dan paling aku happy. Bau Julia yang paling best bagi aku. Lembut je bau dia. Member member aku pun suka yang bau Julia ni. So i was so grateful that i choose Julia set, Sebab bau Julia memang bau favorite aku antara 3 jenis perfume ni.
Rasanya aku dah tak beli yang lain dah. Harga murah + bau wangi. Berbaloi pilih elliadore.
Comments