Posts

Showing posts from January, 2012

YouCam + Baucer RM200

Image
Miahahhahaa... sorry. pepagi ahad ni tetibe rasa nak main webcam. dah setahun aku beli laptop ni. tapi tak pernah sekalipun aku on webcam ni. tak pandai sebenarnya. huhu... sampai aku ingatkan camera ni memang tak berfungsi pun. sehinggalah laptop aku rosak hari tu, dan aku hantar pergi kedai. dan tukang baiki tu dah format segala pastu masukkan application youcam ni. hahaha.... hari ni baru aku nak try. bagus tak. time duk main2 ngan anak sedara aku ari tu tak de plak nak try bukak cam ni. kan dah rugi.... heh heh.... saje je nak tunjuk baucer ni. ada masa dua bulan lagi sebelum baucer ni expired. tak de idea nak beli buku ape lagi. semalam aku tengok ada member aku upload gambar buku yang dia beli guna baucer ni. dia beli novel. 4 novel. terbaikk ahh... dapat baucer beli novel. aku? masih tak de idea nak beli ape. nak beli buku ilmiah, memang bukan style aku. nak beli novel...lagi lah bukan style aku. aku pinjam kt library je kalau nak baca novel. nak beli jurnal? heh...g...

Third language?

Waktu sekolah dulu, aku pernah belajar Bahasa Arab selama 3 tahun. Kalau ikutkan, aku tak berapa yakin boleh lepas exam, sebab susah kot belajar bahasa Arab ni. Nak buat karangan terkial-kial, mana nak hafal perkatan2 nya lagi. Hampir hampir give up, tapi aku teruskan jugak. Alhamdulillah, dapat A waktu PMR. Dah lama aku tinggalkan, ada la few words yang aku masih ingat. Tak de lah aku delete terus. Masih ada dalam internal hard disk aku ni. Waktu universiti, aku try2 belajar bahasa Mandarin. Mak aih.. pening wo...tulisan dia. camnelah leh tercipta tulisan tu. Yang ni aku surrender. Few months je aku belajar. Tak sempat nk grad. Huhu... kira macam  to be continued lah... ntah bila tak tau lah... ada mamat chinese handsome nak ajar aku, boleh gak. ahaks! Sekarang ni aku rasa nak study bahasa Korea plak. Korean drama dah memang favourite aku. Kalau aku tahu bahasa Korea, senang sket. Tak yah tunggu subbed videos. Bila aku pergi melancong ke Korea nanti, lagi lah senang kan... wa...

Dalam dilema

23-24 Jan- Cuti Chinese New Year. Aku plan tak nak balik time tu. Sebab nak bercuti 28-29 Jan. Tapi tetibe dapat berita yg ada majlis cukur jambul kt rumah untuk baby Shahira. (Oh ye... that's my new niece yang baru lahir minggu lepas) My kak ipar bercadang nak berpantang di rumah so..alang2 tu..terus la buat majlis cukur jambul kt situ. Dah..mak bagi pesanan macam tu...takkan aku tak nak balik kan. Now the problem is...aku takde tiket lagi. Dan aku tak boleh nak cuti lama-lama. Dalam dilema sebab aku dah plan baik punya nak cuti 28-29hb kt rumah, nasib baik aku tak beli tiket lagi. kalau tak..habis melayang RM120. mahal wo tiket sekarang. tiket bas je pun. -_-" Aku tak boleh nak stay kt rumah sampai 29hb. Mati aku kalau cuti lama-lama. Terus kerja tak jalan. Yang susahnya nanti, aku jugak. bukan orang lain. So nak tak nak...aku terpaksa korbankan cuti 29hb dan balik masa Chinese New Year nanti. Ohhh...nasib badan.. terpaksalah...sebab aku nak jadi anak yg baik. heeeee...

Korean drama- What's Up?

Image
I'm following this korean drama right now. What's Up? Story about students who enter in musical department in college. And it is a musical drama. So aspect good originals and cover version from What's Up? All I can say is... great script, great plot line, great acting, great singing!!! What's Up? is great! Link for english sub episodes.  Kimchidramas There's only 5 more episodes left.. Left you guys with this... Episode 13 His voice is so angelic..... ^_^

Park Jimin - KPOP Star Winner???

Image
No... not yet a winner. But Park Ji Min has lots of potential to be the winner of this show- SBS K-POP Star. And guess what? she's only 15! Her cover of Adele's "Rolling In The Deep" Amazing!

Novel YOYO The Series

Aku mencari siri novel ini. YOYO and The Gang. Kisah pasangan kembar Yonna dan Yonni dan kawan-kawan mereka. Aku dah baca siri pertama dan keempat. Rasa tak lengkap pula kalau tak dapat baca siri yang kedua dan ketiga.  Tapi susah betul nak cari novel ini. Tahulah..ini novel lama. Tapi takkan takde kedai buku yang jual kot. Aku cari dekat library pun takde. Aku ini bukannya kaki novel tapi novel YOYO ni je yang aku betul-betul teringin nak baca. Sewaktu aku men'google' tentang siri novel ini, aku terjumpa berita tentang penulis novel ini, Liana Afiera Malik dah meninggal dunia. Al-Fatihah... Terkejut juga bila dapat tahu news ni. Semoga rohnya dicucuri rahmat. p/s: Agaknya kalau novel ini dijadikan siri filem, siapa yang akan jadi pasangan kembar ni? Macam menarik jugak kalau jadi filem ni. ^_^ -tetiba aku rasa tulisan entri ni terlalu skema. puapuapuapua.... 

Aku mencari terapi ini

Image
Ramai yang duk promote album zikir terapi diri by Hafiz Hamidun ni. Aku memang duk tercari-cari cd ni. Masih tak jumpa. Rasa tenang je bila dengar.....

My Review: Ombak Rindu

Salam.. Hari tu ada cakap nak buat komen tentang filem Ombak Rindu kan.. Ermm.. tak pergi tengok kt cinema pun. Tengok kt dalam bilik je. Lagi best. Boleh nak feeling lebih2. =P For some reason, i can't look at Aaron Aziz's face. His face reminds me to somebody. Urghh.. i hate that feeling. Anyway... dari segi lakonan, semua main cast punya acting tip top! Walau Izzah suka sangat duk kerut dahi, Mila yang ada sikit over the top punya attitude tapi kena dengan karakter dia. Dan Haris, nangis tak henti2. huhu... overall menjadi la lakonan diorang. Sinematografi filem ni macam filem Lagenda Budak Setan , Cinta & Sepi. Sangat cantik. Satu komen je... lagu OST yang diulang tak henti-henti sepanjang dua jam cerita ni. Tak de lagu lain ke... Ada satu ungkapan yang disebut oleh isteri Pak Dollah (alahh..aku lupa nama makcik ni) kepada Izzah yang seakan-akan sama dengan ungkapan yang disebut oleh Nur Amina dalam cerita Nur Kasih The Movie. I know because i like that phra...

New Day, New Year

"Life is like a book, so when something goes wrong, don't just shut it; turn the page" Now, let us turn to page 2012. Let's continue the journey till the end... Happy New Year.