Posts

World Cup Official Songs

Image
It's back! World Cup is back this year. I don't have favourite team or prediction of which team will be the champion.. So..Lets the best team win! But what I'm going to say here is the World Cup Official Song. I heard some comments about it from my twitter friends.. They didn't like it at all. So.. I heard it myself errkk!!! Seriously???! Ooo my goshh.. It's bad. really bad. Bring back my Waka Waka eh eh... Anyway..here is my favourite list. My Top 3 Favourite World Cup Official Songs 2010- Waka Waka (This Time For Africa) 1998- The Cup Of Life 2006- Celebrate The Day Are you ready for World Cup 2014 in Brazil? (12 June- 13 July 2014)

Thomas Cup 2014: Prestasi Malaysia

Image
Thomas Cup kembali lagi. (macam iklan la pulak) Kali ini Kejohanan badminton in diadakan di India (18 Mei 2014-25 Mei 2014) Jom tengok senarai pemain Malaysia                                   Perseorangan:                                    Lee Chong Wei Chong Wei Feng Liew Daren Goh Soon Huat Pasangan Beregu: Hoon Thien How/ Tan Wee Kiong Tan Boon Heong/ Chan Peng Soon Lim Khim Wah/ Goh V Shem Aku kenal dua orang je daripada senarai pemain ini. Chong Wei dan Boon Heong. Yang lain semuanya baru dan kurang berpengalaman. We need a miracle here.. Mana tahu, berkat doa semua dan semangat juang yang tinggi daripada mereka; kejayaan 1992 dapat dicapai sekali lagi. Malaysia ditempatkan di Kumpulan C bersama dengan Korea Selatan, Jerman, dan India. So far, dah tiga kali Malaysia turun ke gelanggang. [1] MAS vs IND: Malaysia menang 4-1 [2] MAS vs GER: Malaysia menang 4-1 [3] MAS vs KOR: Malaysia menang 3-2 Malaysia layak ke peringkat suku akhir selepas m

Panda Dah Sampai!!

Image
Pasangan panda gergasi telah sampai di KLIA pada pukul 7.53 pagi tadi - BERNAMA Fu Wa & Feng Yi  (cr: astro awani) That's Feng Yi (cr:astro awani) Selepas ini panda-panda comel ni akan tinggal di Zoo Negara. Staff di sana semua dah excited dah tu.. cr: Su Lin@astroawani Jom pergi  ke Zoo tengok panda  ^__^ Last aku pergi masa lawatan sekolah dulu. Dah tak ingat dah tahun bila. Betapa lamanya dah tak menjejakkan kaki kt sana.

Panda Nak Datang Ke Malaysia!

Image
Tahukah anda dua ekor panda gergasi akan datang ke Malaysia tak lama lagi? Nama dua ekor panda tersebut adalah Fu Wa (panda jantan) dan Feng Yi (panda betina). Pasangan Giant Panda ini dibawa dari Chengdu, China dan dijangka tiba di Malaysia pada hari Rabu, 21 Mei 2014. Pasangan Giant Panda ini akan ditempatkan di Zoo Negara bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ke-40 Hubungan Diplomatik Malaysia-China.  Jadi sesiapa yang ingin menyaksikan sendiri Fu Wa dan Feng Yi sila ke Zoo Negara cepat-cepat ye. Waktu cuti sekolah nanti sila pergi ke Zoo Negara beramai-ramai. Boleh tengok sendiri kecomelan panda-panda ini dan juga Rumah Panda yang baru dibina di Zoo Negara istimewa untuk Fu Wa dan Feng Yi.  Fu Wa & Feng Yi Sedikit info mengenai Fu Wa & Feng Yi cr: The Star Rumah Panda, Zoo Negara

Panggilan Hangit: Baju Raya Oren

Tau apa itu Panggilan Hangit? Kalau selalu dengar HotFM mesti tau... Aku jarang dengar HotFM, tapi tau jugak la pasal Panggilan Hangit. Ada yang aku rasa kelakar, tapi banyaknye aku rasa tak kelakar pun. Tapi penyampai radio tu yang terlebih2 gelak.  Tapi... yang ni aku rasa kelakar giler. Panggilan Hangit ni dah lama sebenarnya. Yang tahun 2012. Tapi baru2 ni je aku dengar. Kisah Baju Raya Oren. Seluar oren tu konon kononnya terpotong pendek dek kecuaian tukang jahit. Punyalah selamba dan sportingnya Encik Azaman ni.. dia langsung tak marah. Bila Faizal Ismail cakap.."abang ni ketawa je baguslah abang ni tak marah" Dia boleh kata.. "nak marah buat ape...korang dah terpotong pendek" Hahahhaha.. The best part of this Panggilan Hangit is his magical laugh... hahahhahahha.. dengarlah sendiri 

Tiga Sekawan: Hishammuddin, Ahmad Jauhari, Azharuddin

Image
Dah lebih dua bulan misteri kehilangan MH370. Suatu misteri yang masih lagi misteri. Sepanjang tempoh ni, ada tiga figura yang aku rasa antara yang paling tabah menghadapi misteri ini. Tiga individu itu tak lain tak bukan mereka yang selalu berada di sidang media MH370: Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan), Dato' Azharuddin (Ketua Pengarah DCA), dan Ahmad Jauhari Yahya (CEO MAS).  Trio PC "Tiga Sekawan"  cr: astro awani Aku tak nak komen mengenai kerja-kerja mereka di belakang tabir. Aku nak  komen mengenai cara mereka mengendalikan sidang media, komunikasi mereka di hadapan khalayak wartawan pelbagai agensi media tempatan dan asing. Apa yang baik dan apa yang kurang. Sesuatu yang boleh dijadikan iktibar untuk aku. (in terms of communication/public speaking okay, not in terms of searching an aircraft) Pasal nak cari kapal terbang aku serah pada yang pakar. Komen lebih lebih aku yang pening. 

2.5% Rakyat Malaysia Jadi Penderma Darah Tetap

Image
Berita Harian semalam melaporkan hanya 2.5 peratus rakyat Malaysia yang menjadi penderma darah tetap berbanding 5 peratus penderma darah tetap di kebanyakan negara lain. Kenyataan tersebut dibuat oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.  Kalau nak ikutkan 2.5% memang sedikit. Jadi eloklah kiranya diperbanyakkan lagi kempen derma darah. Program sebegini memang wajar diadakan selalu untuk menggalakkan lebih ramai rakyat menderma darah. Kalau nak tunggu kita sukarela pergi ke hospital nak derma darah memang tak ramai rasanya yang rajin buat macam tu.  Teringat kisah lama...