Posts

misteri dilaila

Image
baru lepas menonton filem misteri dilaila. i give full thumbs up! siapa yang suka genre thriller. please go watch it. tak menyesal punya. berdebar debar rasa macam naik roller coaster. filem ni macam 2 in 1 punya movie. thriller plus seram hantu. thriller sebab misteri kehilangan laila. seram sebab hantu laila. seram sejuk bila ingat balik. lakonan zul ariffin best dalam filem ini. aku suka penyampaian dialog dia yang bersahaja. rosyam nor pun best. karakter dia berubah bila part ending. kurang asam betul. elok-elok jadi inspektor...terus berubah jadi gila. pada yang tak tahu, filem ni ada dua versi tau. di awal filem ni start lepas keluar logo skop/ astro shaw tu ada dia tunjuk versi mana yang pawagam tu siarkan. yang aku tengok dekat mbo space u8 tadi adalah versi 2 (V2). ada pawagam yang siarkan V1 dan ada yang siarkan V2. kalau ada yang nak tengok dua-dua versi, korang check dulu pawagam tu siarkan versi yang mana. beza antara dua versi ini adalah pada pengakhiran cerita. filem i

Random

Image
This is just random post. I was going through / reading from my old blog and came across with this post that I made in 2010. I was commenting about World Cup 2010. My prediction was correct. Spain did win the World Cup 2010. Even though I like Germany better and was hoping that Germany can win 4 years later in 2014.  Haha...I just realized that I was correct again! Fast forward to 2014, Germany really won the World Cup 2014. 

Pelaburan ASB secara online

Image
Tahukah anda yang kita dah boleh melabur duit dalam ASB secara atas talian/online?  Ya, aku baru tahu pasal benda ni. Selama ini aku memang jadikan satu amalan lepas dapat gaji je, aku akan simpan sedikit wang gaji aku di dalam ASB. Setiap awal bulan, aku akan pergi pejabat Pos ataupun Maybank untuk simpan duit di ASB. Sampaikan naik segan pulak rasanya aku dengan staff dekat sana. Sekarang, bila dah tahu boleh melabur through online je, memang senang la kan..  Pergi ke portal rasmi myASNB: https://www.myasnb.com.my Pastikan no telefon dengan ASNB telah dikemaskini Buat pendaftaran di myASNB. Dapatkan ID dan Password.  Dah dapat ID dan password, dah boleh mulakan pelaburan secara online.  Nak tahu lebih lanjut, ada masa lebih, boleh tonton video di bawah. Aku dah try. Memang senang. Alhamdulillah. Tak perlu lagi ke pejabat pos isi borang biru bagai. 

Makaroni Bakar versi bujang

Image
Orang bujang punya style. Niat nak buat omelette, tapi terbuat benda lain. Resepi ini untuk seorang makan je. Kalau nak buat banyak sila tambah mengikut selera masing-masing. Nak tambah sayur, isi ketam, or daging2 yang lain pun boleh. Yang aku buat ini memang tak dirancang, jadi bahan-bahan pun ambil yang memang sedia ada di rumah sahaja. Bahan-bahan Makaroni (setengah cawan) Daging burger ramly (2 keping) Sosej (2 batang) Telur (3 biji) Perencah maggi Pasti Sedap Knorr Cheddar Cheese spread Chesdale (1 keping) --optional Cara-Cara Potong sosej secara dadu/kecil-kecil.  2 keping daging burger dipotong/dilenyek-lenyekkan. Rebus sosej dan makaroni di dalam bekas yang berasingan. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak. Gunakan perencah maggi sebagai perasa tambahan. Kalau yang biasa aku akan guna perencah kari ayam, tapi memandangkan perencah kari ayam tiada, jadi pakai ajelah perencah mee maggi perisa kari.  Masukkan daging burger yang dah dihancurka

Polis Evo 2

Image
Apa yang aku suka mengenai Polis Evo dulu adalah elemen-elemen aksi, dan komedi yang seimbang.  Seperti puzzle yang saling melengkapi satu sama lain yang menjadikan filem Polis Evo sebuah filem yang menarik untuk ditonton. Jadi, aku mengharapkan pengalaman yang sama aku akan rasa bila menonton Polis Evo 2. Petikan sinopsis dari cinema.com Sekumpulan pengganas telah menawan sebuah kampung dan menjadikan penduduk sebagai tebusan. Pasukan Khas dari Malaysia dan Indonesia telah ditugaskan untuk mengendalikan kes itu tetapi misi mereka gagal. Kini ia semua terserah kepada Inspektor Khai dan Inspektor Sani untuk menyelamatkan tebusan dan pada masa yang sama cuba untuk menumpaskan kumpulan pengganas itu.  Kisah Polis Evo 2 masih lagi berkisar pada kes dadah tapi dicampur dengan isu yang lagi besar iaitu isu keganasan. Ada aku terbaca komen pasal Polis Evo 2.  Paskal + Munafik = Polis Evo 2. I kinda agree with that equation. Elemen lawak, komedi memang kurang dalam Polis

Lemang 1-2-3

Image
Salam semua. Sempena Aidiladha, aku post pasal menu raya aku buat hari raya haji baru baru ni. Rasa sayu sikit tahun ni, sebab first time raya haji kt ofis. Aku kerja tahun ni. Tak ambil cuti, Tak pe lah, next year aku cuti. Anyway, malam raya, aku ngan housemates pergi beli barang di Giant. Nak masak la kononnya. Tapi ya ampun...ramainya la hai orang. Diorang ni semua pun macam kami jugak. Beli barang last minit. Member aku semangat nak beli barang- ramuan nak buat ayam masak merah,rendang bagai...sekali banyak yang dah takde. Mak dia punya solution.. senang katanya.  semua dah ada dalam paket tu. ikut je resepi dia. Beli ayam, goreng, campur kuah masak merah. settle.  Selain ketupat, kami beli lemang. Teringin nak makan punya pasal. Kami beli yang lemang dalam paket Nona. First time nak try lemang segera macam ni. Cara senang sangat. 3 step je. First step rebus paket lemang dalam air. Sampai mendidih. Second step- campur serbuk santan yang dah tersedia da

Antman and The Wasp

Image
Jom kita sembang pasal lelaki semut ni. Aku tertanya tanya kenapa watak Antman tak keluar dalam Infinity War. Pertama, sebab aku lupa apa jadi dekat Antman dalam cerita Civil War. Kedua, aku tak perasan sangat penjelasan yang diorg bagi dalam cerita Infinity War. Sebab Antman ni kecil sangat. Tak perasan. Hahah.. ok. just joking. If I make a comparison, I would say, Antman and the Wasp is much better than the first movie Antman. Much much better. Suka dengan father-daughter relationship antara Antman dengan anak perempuan dia. She's cute. Suka dengan kawan Antman - si business partner tu. Bila bercakap susah nak berhenti. Especially bila dah terkena ubat kebenaran.  Dari segi plot, cerita kali ni lebih fokus kepada watak Dr Hank. Sampaikan aku rasa karakter utama dalam movie ni adalah Dr Hank. Bagaimana dia berusaha untuk mencari isteri dia. Well....he is the original Antman afterall. He created the suit. So... it's about him.  Part ending....hmmm... kala