Posts

Komen AJL 2010 & Faizal Tahir Hanyut... I'm speechless!!!

Salam semua.. Hmm.. semua dah tahukan pasal result AJL semalam. Terkejut ke tak terkejut dengan keputusan semalam?? Senarai Pemenang: Juara Lagu: Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali) Tempat ke-2: Drama King (Black & MUH) Tempat ke-3: Noktah Cinta (Hafiz) Vokal Terbaik: Hafiz Persembahan Terbaik: Faizal Tahir (Hanyut) Bagi aku yang juara tu memang aku tak sangka leh jadi juara. tak masuk dalam list aku pun. ... sebabnya persembahan dia sangat konfius. Mesej tak sampai. Tapi kredit gak la dekat lagu ini sebab lirik dia puitis.  Bila aku baca lirik Tolong Ingatkan Aku baru aku paham apa yang dia nyanyi. Kalau baca sajak pun best jugak lirik tu. Tapi memang aku tak suka konsep persembahan dia. Agak over. Baju putih tu dah cantik dah.. dia pegi tukar baju merah plak. Macam tengok teater muzikal pun ada. Tapi nak buat macam mana. Dah rezeki dia menang tahun ini.  Naib Juara aku tak nak komen banyaklah. Memang ramai yang dah agak lagu Drama King ni akan sangkut satu ...

Anugerah Juara Lagu 2010: Ramalan dan harapan

Image
Hari ni 8 Januari. Esok dah masuk 9 Jan. Esok ada apa? Ye.. ramai yang tau.. yg tak tau mai nak bagi tau... esok kt tv3 ada Anugerah Juara lagu 2010. Tiap-tiap tahun aku tengok AJL ni. Tak pernah miss. hehe... Lagu-lagu yang bertanding: **Selamat Malam, Hanyut, Sofia Jane, Tolong Ingatkan Aku, Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Ku Ada Kamu, Jahat, Cinta Sempurna, Drama King, Pelita, Berlari, Noktah Cinta, Extravaganza, Mencari Konklusi** Tahun ni ada 4 lagu yang aku betul2 minat n suka dengar. Selamat Malam, Hanyut, KDP, Ku Ada Kamu. Hopefully lagu-lagu tu dapat top 3 nanti. Walaupun ramai yang ramalkan Drama King ada harapan nak menang tapi aku still harapkan salah satu lagu Faizal Tahir akan menang. Sian dia.. dah 4 tahun masuk bertanding. tak pernah dapat Juara Lagu. Antara Selamat Malam dan Hanyut, bagi aku dua-dua nya best. tapiiiiii... aku haraplah sangat, Faizal Tahir dapat perform dengan baik. takde nak sumbang mambang. sebab kadang2 FT ni suka menjerit bila nyanyi. Jarang...

Ahlan Wasahlan 2011

Hari ni masuk tahun baru 2011. Serius aku rasa macam biasa je hari ni. Tiap-tiap tahun sambutan tahun baru dipenuhi dengan konsert, acara nyanyi-nyanyi pastu ada bunga api. Sangat klise kan. huhu... Tahun 2011 aku akan mula sibuk dengan research aku. Still thinking about it. Sebenarnya aku masih belum ada idea nak buat apa. So, azam aku hari ni sempena tahun baru ni, aku nak cari cepat2 tajuk untuk research aku dan mulakan kajian aku sebaik mungkin. Wahh.. macam hebat je bunyinya. hehehe... To all............ happy new year. Tak guna berazam kalau tak berusaha untuk mencapainya Tak perlu list azam banyak-banyak kalau yang dulu pun masih belum dibuat p/s: salam takziah buat keluarga Faizal Yusof. Aku dapat tahu mengenai kematian Faizal Yusof bila ramai artis update news ni kt twitter masing2. Sangat terkejut. Aku suka tengok lakonan dia dalam Adamaya. Sangat menjadi. Al-Fatihah........

Tell Me Goodbye...2010

hari ni dah masuk 31 disember 2010. aku terasa aku perlu update blog hari ni. aku rasa semua orang punya 1001 cerita untuk tahun 2010 ni. ada pahit ada manis ada masam.. aku? hmmm... awal tahun aku mengaktifkan diri dalam dunia blogging. bulan 1 aku start kenal gengblogger. masa tu jugak aku start gila kejar trafik. hari-hari aku update. semuanya sebab aku nak naikkan trafik blog aku. berjam-jam aku duk ngadap komputer. tu lah rutin aku hari-hari. kemudian bermula fasa baru, aku kembali menjadi seorang pelajar. start balik duk asrama. pergi kelas balik dari kelas...go on and go on...bla bla bla............. bulan april lepas aku dapat seorang lagi anak saudara. kali ni perempuan lak. sangat comel itu budak.. hehehe... sekarang anak sedara yg dua orang tu dah ada sepupu. nanti leh tengok tiga orang anak sedara aku ni duk main sama-sama. eiiii.. comel! what else happened in 2010? yang lain-lain tu biarlah aku simpan sorang je. hehhe... nanti dah dekat2 nak masuk 2011 aku update ...

Team Malaysia Menang. Selamat Bercuti esok!!!

Tahniah MALAYSIA!!! aku rasa sekarang ni satu malaysia sedang dilanda demam bola. bangga aku tengok team Malaysia lawan team Indonesia waktu final piala AFF suzuki 2010. Serius memang happening. aku ni yg tak minat sangat tengok bola sanggup duk depan tv sebab nak sokong team Malaysia. memang berbaloi-baloi. khairul fahmi memang man of the match. safee sali pun sama. pendek kata semua player Malaysia la. termasuklah jurulatih k.rajagopal. korang semua terbaik ahh.. nampaknya laser indonesia tak begitu kuat. kehabisan bateri kot. huhuhu... ni aku letak dua video yg aku jumpa. best giler tengok khairul fahmi dapat tangkap bola tu. terdiam jap penyokong indonesia. yg ni plak si khairul fahmi kena serangan laser. kalau kt tempat kita, kemain diorg mengadu. aku tengok pemain malaysia rilex je.. apa pun tahniah malaysia. kerana diorang menang kita dapat cuti esok. YEAHHHH!!!

Anugerah Lemau 2010

Aku cuba nak tengok anugerah skrin tadi. tapi maaf cakap tak terdaya aku nak tengok. Tiap-tiap tahun aku perasan satu benda pasal Anugerah Skrin ni. Lemau semacam. Dari segi pengacara, persembahan, penonton. Aduii.. Sedikit ulasan aku pasal anugerah ni: *awal n vee nampak macam takde 'kimia'. nervous kot. banyak bergantung pada skrip. N awal.. lawak x menjadi. pegi mengacara fuhh je lah. lagi sesuai kot. *ramai artis pompuan yg seksi td. seksa aku tengok. baek punyer dato' aziz sattar komen. sound direct secara berlawak atas stage. *persembahan x ceria. lagu2 sumer bosan. hambar je.. yang nyanyi ramai2 tu sape? sumbang je dengar. naseb baik ada faizal tahir last skali. tapi lagu dia nyanyi plak x best. sabarrr je lah. *yang ni aku noticed dari dulu lagi. penonton dalam dewan malas nak tepuk tangan. macam takde semangat je. slow je... tepukla kuat-kuat sket. bagi respon sket kt pengacara tu baru lah bertambah semangat diorang. tu je lahh.. malas nak komen banyak2....

Bila bertemu kawan lama

I never feel awkward with them. Whenever, wherever i meet them, there will always be a moment of full of laughters. lama rasa blog ni tak berupdate. rasa bersalah pun ada. tapi nak buat macam mana. terpaksa kutinggalkan sekejap. tapi hari ni aku nak cerita kt sini pasal small gathering siang tadi.  Finally, after 1 year, aku dapat jumpa balik kawan-kawan lama aku. Plus, geng2 sekolah lama dulu yang dah lama giler tak jumpa. dah bertahun-tahun rasanya. 6 tahun dah kot tak jumpa. tapi semuanya masih macam dulu gak. tingtong je blaka. wakakkaa....Bila jumpa je, mesti duk gelak non stop.  Tapi bila dengan geng2 budak laki, semua duk sipu2 je. hahaha... don't know why, everybody seems sheepishly shy with each other. sometimes i just want to have a real friendly chit chat with them but then later on it will turn out to be just like a Q&A session. hahahha...  Bila dah jumpa ngan kawan-kawan lama, banyak la dapat tahu berita-berita terbaru pasal kawan2 lama...