31 December 2010

Tell Me Goodbye...2010

hari ni dah masuk 31 disember 2010. aku terasa aku perlu update blog hari ni. aku rasa semua orang punya 1001 cerita untuk tahun 2010 ni.
ada pahit ada manis ada masam..
aku? hmmm...
awal tahun aku mengaktifkan diri dalam dunia blogging. bulan 1 aku start kenal gengblogger. masa tu jugak aku start gila kejar trafik. hari-hari aku update. semuanya sebab aku nak naikkan trafik blog aku. berjam-jam aku duk ngadap komputer. tu lah rutin aku hari-hari.

kemudian bermula fasa baru, aku kembali menjadi seorang pelajar. start balik duk asrama. pergi kelas balik dari kelas...go on and go on...bla bla bla.............

bulan april lepas aku dapat seorang lagi anak saudara. kali ni perempuan lak. sangat comel itu budak.. hehehe... sekarang anak sedara yg dua orang tu dah ada sepupu. nanti leh tengok tiga orang anak sedara aku ni duk main sama-sama. eiiii.. comel!

what else happened in 2010? yang lain-lain tu biarlah aku simpan sorang je. hehhe... nanti dah dekat2 nak masuk 2011 aku update lagi kalau aku rasa nak tambah. okidoki.
sayonara 2010....
ahlan wasahlan 2011...

Team Malaysia Menang. Selamat Bercuti esok!!!

Tahniah MALAYSIA!!!

aku rasa sekarang ni satu malaysia sedang dilanda demam bola. bangga aku tengok team Malaysia lawan team Indonesia waktu final piala AFF suzuki 2010. Serius memang happening. aku ni yg tak minat sangat tengok bola sanggup duk depan tv sebab nak sokong team Malaysia. memang berbaloi-baloi.

khairul fahmi memang man of the match. safee sali pun sama. pendek kata semua player Malaysia la. termasuklah jurulatih k.rajagopal. korang semua terbaik ahh.. nampaknya laser indonesia tak begitu kuat. kehabisan bateri kot. huhuhu...

ni aku letak dua video yg aku jumpa.




best giler tengok khairul fahmi dapat tangkap bola tu. terdiam jap penyokong indonesia.

yg ni plak si khairul fahmi kena serangan laser. kalau kt tempat kita, kemain diorg mengadu. aku tengok pemain malaysia rilex je..




apa pun tahniah malaysia. kerana diorang menang kita dapat cuti esok. YEAHHHH!!!

25 December 2010

Anugerah Lemau 2010

Aku cuba nak tengok anugerah skrin tadi. tapi maaf cakap tak terdaya aku nak tengok. Tiap-tiap tahun aku perasan satu benda pasal Anugerah Skrin ni. Lemau semacam. Dari segi pengacara, persembahan, penonton. Aduii..

Sedikit ulasan aku pasal anugerah ni:
*awal n vee nampak macam takde 'kimia'. nervous kot. banyak bergantung pada skrip. N awal.. lawak x menjadi. pegi mengacara fuhh je lah. lagi sesuai kot.

*ramai artis pompuan yg seksi td. seksa aku tengok. baek punyer dato' aziz sattar komen. sound direct secara berlawak atas stage.

*persembahan x ceria. lagu2 sumer bosan. hambar je.. yang nyanyi ramai2 tu sape? sumbang je dengar. naseb baik ada faizal tahir last skali. tapi lagu dia nyanyi plak x best. sabarrr je lah.

*yang ni aku noticed dari dulu lagi. penonton dalam dewan malas nak tepuk tangan. macam takde semangat je. slow je... tepukla kuat-kuat sket. bagi respon sket kt pengacara tu baru lah bertambah semangat diorang.

tu je lahh.. malas nak komen banyak2. rancangan pun dah habis. tahniah kepada pemenang.

22 December 2010

Bila bertemu kawan lama

I never feel awkward with them. Whenever, wherever i meet them, there will always be a moment of full of laughters.


lama rasa blog ni tak berupdate. rasa bersalah pun ada. tapi nak buat macam mana. terpaksa kutinggalkan sekejap. tapi hari ni aku nak cerita kt sini pasal small gathering siang tadi. 

Finally, after 1 year, aku dapat jumpa balik kawan-kawan lama aku. Plus, geng2 sekolah lama dulu yang dah lama giler tak jumpa. dah bertahun-tahun rasanya. 6 tahun dah kot tak jumpa. tapi semuanya masih macam dulu gak. tingtong je blaka. wakakkaa....Bila jumpa je, mesti duk gelak non stop. 

Tapi bila dengan geng2 budak laki, semua duk sipu2 je. hahaha... don't know why, everybody seems sheepishly shy with each other. sometimes i just want to have a real friendly chit chat with them but then later on it will turn out to be just like a Q&A session. hahahha... 

Bila dah jumpa ngan kawan-kawan lama, banyak la dapat tahu berita-berita terbaru pasal kawan2 lama yang lain. fuhhh... ada tu jadi model, ada yg jadi pelakon. adoii..tak sangka ada gak kawan aku dulu jadi artis. terkejut beb bila dapat tahu sorang member aku dah kahwin. ada tu dah ada anak sorang. serius. tiba-tiba rasa diri ni dah tua. wakakkaa... walaupun sebenarnya masih muda lagi tau. hehehe... 

Apa-apa pun.. this small gathering was fun. =D


p/s: nak upload gambar tapi geng2 aku tak kasi. nak low profile katanya... =p 
  

03 December 2010

Sudah 5 tahun Tak pakai handphone?

Petikan daripada mStar:

"Penyanyi Dayang Nurfaizah,29, menjelaskan sudah lima tahun tidak menggunakan telefon bimbit selepas telefonnya hilang sebanyak lima kali dalam tempoh dua tahun. 

Menurut Dayang, dia lebih selesa menjalani kegiatan harian tanpa telefon bimbit walaupun kebanyakan artis hari ini mempunyai pelbagai jenis telefon bimbit canggih."

nak baca lebih detail, boleh klik sini

Tak sangka, ada jugak yg tak pakai handphone. Sebab rasanya sekarang ni majoriti dah pakai handphone. Kurang-kurangnya satu. Ada yg sampai pakai 2-3 handphone pun ada. maklumlah nombor banyak. Semua line dia ada. Celcom, Maxis, Digi. Kadang2 budak sekolah rendah pun dah sibuk2 mintak ngan mak bapak diorg nak henpon, nak henpon! haih! aku dulu... handphone pun x kenal time sekolah rendah. Masuk sekolah menengah pun tak reti lagi nak tekan2 benda alah tu. betapa aku ni ketinggalan sket bab2 IT ni. 

Kalau dayang dah lima tahun tak pakai handphone, aku plak baru lima tahun pakai handphone. Tu pun pakai handphone cikai je. Cukup la yg boleh antar sms ngan call je. 

Buat masa ni belum terpikir nak tukar handphone. tapi kalau ada nak kasi hadiah..  ok jerr... hehe.. (^_^)

gambar dari: google

aku teringin nak pakai handphone Lollipop ni. nampak cun je. hehe.. 

Antara Dua

situasi:
Anna ada dua orang kawan; ok mari kita namakan mereka sebagai Amina dan Sarah. 
Anna, Amina dan Sarah berkawan sudah lama. Mereka selalu bersama tak kira masa dan ketika. Kira memang kamceng tiga orang la kan. Bila mereka bertiga, jarang timbul masalah, harmoni je sentiasa. Kemudian, entah kenapa, berlaku sedikit salah faham antara Sarah dan Amina. Sarah tuduh Amina macam ni. Amina tuduh Sarah macam tu. Misunderstanding and miscommunication antara Sarah dan Amina menyebabkan mereka berkecil hati antara satu sama lain. Persahabatan mereka mula renggang. Si Anna yang tidak terlibat dalam persilihan faham tersebut masih berkawan macam biasa dengan mereka. Anna seboleh-bolehnya mahu melihat dua orang kawannya kembali rapat macam dulu. Apa yang perlu Anna buat?


[a] menjarakkan diri dengan kedua-dua kawannya. 
[b] berpihak kepada sebelah pihak saja. 
[c] tetap berkawan dengan kedua-duanya tetapi secara berasingan.
[d] pilihan lain: kamu ada cadangan? bolehlah bagi cadangan di ruangan komen nanti. 




01 December 2010

Entry Suka-suki


senyum seindah suria
yang membawa cahaya
senyumlah dari hati
dunia mu berseri

senyum....membahagiakan
dengan senyuman terjalinlah ikatan..

pernah dengar lagu di atas? 
sekarang kita kasi tukar lirik...tapi melodi tetap sama
(lagu refreshment waktu Minggu Haluan Siswa dulu)


sengih seindah suria
yang membawa cahaya
sengihlah dari hati
dunia mu berseri

sengih....membahagiakan
dengan sengihan terjalinlah ikatan... 


mana lagi comel?.. senyum kambing atau senyum kucing? 


pic taken from Mr. Google

30 November 2010

Lone Ranger


You are a lone ranger
Doing something by yourself

Hey you.. 
Why you being like this
Where is brother
Where is sister
You deny it
But you need them

Hey you 
Lone ranger
Open your window 
See through the sky
See their faces there
Smiling at you
Waving at you
Please come forward

Hey you
Lone ranger
Open your heart
Receive some love
Smile...cos someone loves you....








Kembali Pulang

"kekasih yang dulu hilang
kini dia telah kembali pulang"

Jangan confuse ek.. tu sebahagian lirik lagu je. Tak de kaitan ngan aku pun. Pernah dengar lagu Kembali Pulang? Kangen Band yang nyanyi. Group dari tanah seberang. Tetibe aku teringatkan lagu ini. Dah lama tak dengar. Kalau aku dengar je lagu ni mesti aku teringatkan kawan-kawan lama aku. Lagu ni kira dah jadi mcm lagu tema ktorang plak. Sebabnye hari-hari duk pasang. Aku yang daripada tak pernah dengar terpaksa dengar n lama-lama jadi terminat plak kt lagu ni. Rindu kt korang lah...  bila nak jumpa ni?





Terjumpa video ni. versi chipmunk. Chipmunk ni selalu nyanyi lagu orang dengan versi suara dia yang halus tu.


29 November 2010

Nuffnang dan Aku


Aku mula pasang nuffnang di blog pada 5 Julai 2009. Tapi bukan di sini la. Di sinun (blog lama). Kiranya, tolak tambah darab bahagi dah lebih 1 tahun 4 bulan aku bersama dengan nuffnang. Sebelum ni status aku di nuffnang- glitterati. Tapi disebabkan dah lama aku privatekan blog sinun dan tak berupdate. Status aku dah bertukar jadi ordinary. Isk! Isk!



Moral of the story-
1. Nak iklan masuk jangan private blog. yelahh... camne org nak tengok iklan tu kalau dah x leh bukak blog.
2. Rajinkan update blog. Inilah punca blog aku bersawang sebenarnya. Sejak aku masuk kampus balik, masa bersama dengan blog dah tak banyak. Sekejap2 je boleh masuk.
3. Rajinkan buat blogwalking. Barulah ada hubungan 2 hala. i baca blog u, u baca blog i ok! hehe... yang ni aku tak dapat nak buat sebelum ni. Pendek kata, aku bercuti terus dari dunia blogging sebelum ni. Sekarang ni baru hidup balik. Baru tersedar dari lena yang panjang...gituh! huhu..

Bulan 5 lepas, aku dapat cek pertama dari nuffnang. Tak banyak pun tapi aku bersyukur dengan amaun yang aku dapat tu. huhu.. Sampai hari ini aku tak masukkan lagi dalam bank. Haha.. nanti bila dah rasa-rasa nak guna baru aku pergi bank. Biasalah.. cek pertama. Kenangan tuuu...


Kesimpulannya: Setelah 1 tahun 4 bulan, jumlah yang aku dapat:

1st cek [ RM101.12] + 2nd cek (akan datang) [ RM 72.68].

Tadi aku dah cash out duit nuff tu. Ingat nak tunggu sampai seratus tapi biarlah... malas nak simpan lama2 kt situ. Baik pergi simpan kt bank. weeeeeii.. (^_^)



 Alahai.. back to zero now. Sesuai sangatlah dengan keadaan blog sekarang ni. Tapi aku suka. I'm totally feeling fresh. Writing with new spirit, new style and new readers.. i guess. Thanks pada yang sudi membaca blog aku. Tak kiralah dulu, kini dan selamanya. Nanti aku nak pergi cari diorang balik. Berjejak kasihan pulak kt sini..

Lagi sekali nak ucap... terima kasih nuffnang. terima kasih semua.. (^_^)

Mau tengok ini dan ini

Aku kembali...
Mentang-mentang cuti sem dah start kan. 24 jam duk ngadap blog. Kalau dulu... nak bukak blogger pun tak sempat. Apatah lagi nak berupdate. Sebab tu kot tempat lama aku dah hilang seri.

Sebenarnya aku dah lama plan nak tengok ini


Sebab aku memang baca dan follow cerita ini dari siri yang pertama lagi. Ingat nak pergi tengok ngan kawan, tapi kawan aku dah tengok. Uhuk! Takpelah.. aku tunggu adik aku beli dvd cerita ni. Sebab dia memang rajin beli. Baikkan kakak sorang ni. Tunggu adik beli bukannya nak beli sendiri. Hehehe...

Lepas tu aku cadang nak tengok cerita ni... Trailer ada kt bawah ni.. Kawan aku kata best.





Macam best plak tengok cerita2 fairytales ni.. Sekali sekala apa salah kann..
Ada sape2 yang dah tengok? Komen anda?


gambar: diambil dari google. Terima kasih Mr Google. (^_^)

Syilasyira 1st Giveaway

Satu tabiat aku kalau dah aktif kt gengblogger, join kontest. Kat sana banyak kontest kalau ada sape2 nak join. Tetibe bosan x de keje nak buat, boleh la luangkan masa join. Hari ni aku nak join satu kontest ni.



Syarat-syarat semua dah dibuat. 
Sape2 nak join sama dialu-alukan. 
Jom2.. x lama dah pun 
30hb Nov 2010 tarikh tutup. 
Brape jam je lagi. 

Harap2 sudi terima penyertaan ini.. (^_^)

Big Bang fever...

Okay.. sebelum bercerita panjang, aku nak letak dulu gambar hero-hero pujaan aku ini. Uhuk! Tak lah sampai tahap fanatik. Tapi aku minat giler lah dengan 5 jejaka handsome ini.
Tadaaa.....


Big Bang

Ni lah kumpulan famous amos dari dunia k-pop. BIG BANG!!!

Sekarang ni aku sebenarnya dilanda Big Bang fever. Dah berbulan-bulan aku demam. Uhuk! Uhuk! Big Bang fever ni tak kebah2. Setia je duk teman aku hari-hari. 

Jujurnya, sebelum aku minat kumpulan Big Bang ni, aku langsung tak pandang, tak dengar dan tak minat lagu-lagu korea walaupun aku ni peminat tegar drama-drama korea. Sebab bagi aku diorang ni hanya bersandarkan rupa paras yang bajet handsome dan ala-ala pretty boy gituh tapi lagu bukannya sedap pun. Hish.. x minat la aku lagu tu. 

Bibit perkenalan antara aku dengan Big Bang ni bermula bila aku tengok cerita Family Outing. Kamu tahu rancangan Family Outing? Kalau tak tau, nanti aku cerita..lain kali la dehh.. ni aku nak citer pasal Big Bang. Fokus! Fokus! hehehe..

Bila dah terfollow cerita FO, aku jadi terminat kat Daesung-salah sorang ahli Big Bang.  Lepas tu aku mula duk tercari-cari lagu Big Bang. Sekali bila dah terjumpa..hambek ko! Tak de berpatah balik dahh.... terus je maju ke depan. No turning back. 

Aku suka style muzik diorang. Aku suka tarian diorang. Very da ba bomb! gituhh.. Dan aku suka semangat dan kesungguhan diorang. Kalau nak tahu, sebelum Big Bang ditubuhkan, mereka 5 orang ni terlebih dahulu perlu melalui proses ujibakat yang sangat panjang. Berbulan-bulan diorang berlatih sebelum pemilihan dibuat. Diorang ada siarkan dokumentari tentang proses pemilihan ini. Setiap aktiviti dan latihan diorang dirakam dan disiarkan dalam dokumentari ini. Aku pun ada tengok rancangan ini. Kalau kamu nak tengok leh cari kat youtube

Bila aku tengok diorang, aku jadi termalu dengan diri sendiri. Sebab apa? diorang ni sebenarnya lebih kurang je umur ngan aku. Tapi berkat kesungguhan plus bakat yang diorang ada.. sekarang ni diorang dah jadi kaya-raya dah.. Merata-rata pergi orang kenal Big Bang ni. 

Dari usia muda lagi diorang dah nampak minat dan potensi diorang dalam bidang mana. Bila dilatih, diasuh hari-hari... jadi lah camtu.. 

Kita pun boleh jadi macam diorang gak. Kalau kita buat sesuatu benda yang kita minat, tak payah tunggu orang lain suruh, kita sendiri yang akan usaha lebih kuat untuk berjaya. Betul tak? Kalau kita dapat kerja yang dah memang minat kita, hari-hari kerja pun tak pe. Semua jadi seronok. huaaa...bestnye. Kalau gitu, aku nak kerja kat agensi pelancongan lah. Aku suka pergi melancong, walaupun aku tak pernah melancong sebelum ini.






Salah satu lagu bahasa Jepun diorang yang aku paling minat.



ni plak.. lagu LIES. lagu yang telah menaikkan nama BIG BANG.


ada sape-sape peminat Big Bang kt sini? hehehhee... selamat berkenalan...  (^_^)